Sunday, March 4, 2012

Mesyuarat Awal Penubuhan Koperasi Masjid Kariah Kampung Pauh Terachi Berhad


Alhamdulillah, tanggal 29 FEB  2012, akan tertulis dalam sejarah bagi Masjid Kariah Kampung Pauh dengan penubuhan Koperasi Masjid Kariah Kampung Pauh Terachi Berhad. Tujuan penubuhan koperasi ini ialah untuk menjalankan perniagaan dan kebajikan bagi manfaat para ahli kariah.

TUAN HJ MARADZI SEDANG MEMBERI TAKLIMAT
KOPERASI MASJID KG PAUH BERHAD

EN AZMI DAN DATO' ANDATA SEDANG
MENDENGAR TAKLIMAT

KELIHATAN EN HASHIM,CIKGU MD. NOR,UST HANIP,
TOK KETUA DAN AHLI KARIAH YANG HADIR
PADA MESYUARAT TERSEBUT

KELIHATAN IMAM DAN KAUM WANITA
 JUGA TURUT HADIR  PADA MESYUARAT TERSEBUT

KAUM WANITA YANG TURUT HADIR

KHUSUK MENDENGAR TAKLIMAT
YANG DIBERIKAN


 Dalam mesyuarat awal ini seramai 12 orang ahli lembaga pengarah dilantik iaitu:


  1)    TUAN HJ MARADZI BIN ISMAIL 
  2)    EN IBRAHIM BIN HASHIM 
  3)    HJ ZULKAFLI BIN HJ ZAKARIA 
  4)    EN EDI HARIS 
  5)    CIKGU AZEMI BIN MUSA 
  6)    HJH NAPISAH BT TAAM 
  7)    EN KAMARUDIN MD NOR 
  8)    UST HANIF HAMID 
  9)    DATO' ANDATA KAMARUDDIN B KARIM 
10)    PN ZAWIYAH BT ISMAIL 
11)    DATO' AHMAD B AWALUDDIN 
12)     EN KARIM BIN SIDEK

Tahniah diucapkan kepada ahli lembaga pengarah yang dilantik. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan dengan sebaik-baiknya. Diharapkan KMKP Berhad akan mencapai tujuan penubuhan dan berkembang menjadi koperasi masjid yang berjaya. InsyaAllah..

Sunday, February 26, 2012

Sekitar Sambutan Maulidur Rasullullah S.A.W 1433H/2012M

















Alhamdulillah, perancangan masjid untuk mengadakan Sambutan Maulidur Rasulullah SAW pada tahun ini akhirnya berjaya dengan kerjasama daripada semua pihak.
Antara pesan-pesan hikmah daripada YBhg. Ustaz Dzulkarnain di akhir ceramahnya ialah;
- Amalkan sunnah Rasulullah SAW sedaya upaya yang mampu.
- Jangan tinggal mendengar ceramah agama /nasihat2 kebaikan di masjid
- Jangan tinggal baca al-Quran.
- Jangan tinggal zikrullah.
- Bersangka baik kepada Allah SWT.

Saturday, February 25, 2012

Pengajian Kitab Minhajjul Abiddin oleh Ustaz Haji Mohd Ali (Siri 2)

Tn. Hj. Maradzi mempersilakan Ustaz Hj. Ali menyampaikan kuliahnya

Ustaz Hj. Ali memulakan kuliahnya.



Dato' Panglima Awaluddin Bin Bidin sedang tekun mendengar kuliah.

Hj. Nordin, Hj. Johan dan anak muda ahli kariah sedang mendengar kuliah.

Kuliah Ustaz Dato' Arshad: Kelebihan Bersiwak Miswak




Pada 17 Februari 2012, siri kuliah daripada Ustaz Dato' Arshad diteruskan pada kali ini dengan tajuk Kelebihan-kelebihan Bersiwak yang dipetik daripada Kitab Sirus Salikin. Beberapa hadis mengenai tuntutan bersiwak ialah:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ
Terjemahannya: Bahwasanya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda ia: Seandainya tidak memberatkan aku ke atas umatku nescaya aku perintahkan mereka dengan bersiwak (hadits riwayat al-Bukhari)
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: أَكْثَرْتُ عَلَيْكُمْ فِي السِّوَاكِ
Terjemahannya: Daripada Sayyidina Anas bin Malik رضي الله عنه , telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Telah aku sering (memperingatkan) atas kalian mengenai bersiwak. (hadits riwayat al-Bukhari)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوءٍ
Terjemahannya: Daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه , telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Seandainya bahwa tidak memberatkan aku ke atas umatku, nescaya aku perintahkan mereka dengan bersiwak tatkala setiap kali berwudhu`. (hadits riwayat Ibn Abi Syaibah)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ
Terjemahannya: Daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه , telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Seandainya bahwa tidak memberatkan aku ke atas umatku, nescaya aku perintahkan mereka dengan bersiwak tatkala setiap kali bersholat. (hadits riwayat Imam Ahmad)

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا، قَالَت : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: السِّوَاكُ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ
Terjemahannya: Daripada Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Siwak itu membersihkan bagi mulut, keredhaan bagi Rabb. (hadits riwayat Imam Ahmad)

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، أَنّ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: عَلَيْكُمْ بِالسِّوَاكِ، فَإِنَّهُ مَطْيَبَةٌ لِلْفَمِ ، وَمَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ
Terjemahannya: Daripada Sayyidina Ibnu ‘Umar رضي الله عنهما telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Hendaklah kalian bersiwak, kerana sesungguhnya bersiwak membaikkan bagi mulut dan keredhaan bagi Rabb. (hadits riwayat Imam Ahmad)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ: قَصُّ الشَّارِبِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَحَلْقُ الْعَانَةِ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَالسِّوَاكُ
Terjemahannya: Daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه , telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: 5 perkara daripada fitrah. Memotong misai, mengetip kuku, mencukur bulu kemaluan, mencabut buku ketiak dan bersiwak. (hadits riwayat al-Bukhari)

عَنْ حُذَيْفَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا قَامَ لِلتَّهَجُّدِ مِنَ اللَّيْلِ يَشُوصُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ
Terjemahannya: Daripada Sayyidina Huzaifah رضي الله عنه: Sesungguhnya Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah apabila bangun ia bagi bertahajjud diwaktu malam, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم mengosok mulut Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dengan siwak. (hadits riwayat al-Bukhari)

عَنْ عَائِشَةَ، أَنّ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ ، كَانَ إِذَا دَخَلَ بَيْتَهُ، بَدَأَ بِالسِّوَاكِ
Terjemahannya: Daripada Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها bahwasanya Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, apabila memasuki Baginda صلى الله عليه وآله وسلم akan rumahnya, memulai ia dengan bersiwak. (hadits riwayat Muslim)

رَكْعَتَانِ بِسِوَاكٍ خَيْرٌ مِنْ سَبْعِينَ رَكْعَةً بِغَيْرِ سِوَاكٍ
Terjemahannya: 2 rakaat dengan bersiwak lebih utama daripada 70 rakaat tanpa bersiwak. (hadits riwayat Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah dengan sanad hasan dan diriwayatkan oleh ad-Daaruqutni dimana perawi-perawinya tsiqah)

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ : فَضْلُ الصَّلاةِ الَّتِي يُسْتَاكُ لَهَا عَلَى الصَّلاةِ الَّتِي لا يُسْتَاكُ لَهَا سَبْعِينَ ضِعْفًا
Terjemahannya: Daripada Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Keutamman sholat dengan bersiwak ke atas sholat tanpa siwak adalah 70 kali ganda (hadits riwayat Ahmad, Ibn Khuzaimah dan al-Hakim, beliau berkata hadits ini shohih atas syarat Muslim dan diakui oleh adz-Dzahabi)

Inilah di antara hadis-hadis yang dapat dikongsikan mengenai tuntutan bersiwak.Marilah kita sama-sama berusaha untuk mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W ini agar sentiasa menjadi umat yang taat kepada Allah dan RasulNya.

Monday, February 6, 2012

Prof Hamka: Agama Adalah Cinta

AGAMA ADALAH CINTA
Puncak tertinggi dalam penghayatan agama bagi seorang muslim ialah cinta.
cintailah agama sepenuh hatimu
cintailah ISLAM sepenuh hatimu

Iman yang teguh kepada Allah dan Rasul dengan sendirinya akan mengantarkan kepada cinta yang sejati. “Jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah akan mencintai kamu “
Dalam cinta kepada Allah dengan sendirinya timbul pula cinta kepada Rasul. Sebab percaya bahwa Rasul itu utusan Allah untuk menyampaikan wahyu Ilahi kepada manusia dengan sendirinya menumbuhkan cinta kepada Rasul, tidak boleh tidak
Kita mencintai rasul bukan untuk disembah, tetapi untuk dijadikan teladan hidup. Bukan utnuk disamakan dengan Tuhan, melainkan untuk dijadikan orang yang dipercayai menjadi penunjuk jalan kehidupan ini, agar selamat dunia dan akhirat. Dasar dari cinta ini ialah cita-cita yang tinggi untuk menempuh hidup yang lebih sempurna, lebih mendekati Nabi saw.
Seorang sahabat dan pembantu Nabi, Tsauban, boleh dikata siang malam dia tidak pernah menjauhi Nabi. Hanya ketika Nabi pulang ke rumah istri beliau sajalah, Tsauban terpisah dari beliau. Tetapi pada suatu hari Tsauban datang dengan muka muram, terbayang kedukaan yang tengah meimpa hatinya.
“Engkau mengapa Tsauban ? Kelihatan wajahmu berubah? Engkau muram saja?
Tsauban menjawab: “Wajahku berubah bukan karena sakit, ya Rasulullah! Cuma pikiranku jadi muram memikirkan keadaan ini. Jika aku terpisah agak lama, terasa sepilah hidupku. Baru kesepian itu hilang bila aku ketemu kembali denganmu. Maka aku teringat akan hari akhirat kelak. Cemas aku memikirkan, apakah di akhirat aku masih bertemu dengan engkau ? Karena jika engkau masuk surga niscaya tempat buat engkau adalah tempat yang tertinggi bersama-sama Nabi-nabi dan rasul-rasul. Jika aku diizinkan masuk surga, tentu tempatku jauh di bawah tempat yang disediakan untukmu. Tentu di akhirat nanti kita tidak bertemu lagi… “
Ibu kaum beriman Asiyah ra menceritakan, seorang sahabat Nabi datang kepada beliau lalu berkata:
“Ya Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada diriku, engkau lebih aku cintai dari kaum kelurgaku, engkau lebih aku cintai daripada anak kandungku. tetapi sedang aku duduk termenung seorang diri dalam rumahku, teringat aku akan engkau. Aku tidak tahan, lalu aku segera datang melihat wajah engkau. Tetapi bila ingat lagi suatu saat yang mesti datang, yaitu jika aku ingat aku akan mati dan engkau akan mati. Aku tahu bahwa jika masuk ke surga engkau akan didudukkan di tempat yang tinggi bersama Nabi-nabi. Tetapi aku, jika Tuhan memasukkan aku pula ke dalam sorga aku takut di waktu itu aku tidak akan melihat engkau lagi. Karena tempatku tentu jauh dibawah tempatmu….”
Kata ahli tafsir, kejadian inilah yang menjadi sebab turun ayat :
Dan barangsiapa yang menta’ati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi ni’mat oleh Allah, yaitu: Nabi, para shiddiqqiin , orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (QS. 4:69)
Seorang sahabat Syafwan bin Qudamah berkata:
Aku berhijrah bersama Nabi saw ke Madinah. Lalu aku datangi beliau dan aku berkata kepada beliau. “Ulurkan tanganmu ya Rasul, aku hendak membaiat engkau. Lalau beliau mengulurkan tangan. Aku pun berkata, ” Ya Rasulallah, aku sangat mencintaimu”
Lalu Rasul menjawab, “Al-mar-u ma’a man ahabba “(seseorang akan bersama dengan yang dicintainya). Artinya sejak dunia sampai akhirat Syafwan akan beserta Nabi sebab mencintai Nabi.
Ketika bilal bin Rabbah, akan wafat, istrinya menangis dan berkata, ” Wahai sedih hatiku.
Lalu dengan tersenyum Bilal berkata, “Wahai bahagianya hatiku! Besok aku akan berkumpul dengan orang-orang yang aku cintai, Muhammad dan sahabat-sahabatnya”
Menurut Riwayat Muslim dari Abu Hurairah ra, Nbi bersabda,
Setengah dari umatku yang sangat cinta kepadaku adalah orang-orang yang datang kemudian sepeninggalku. Mereka ingin sekali hendak melihat aku, dengan keluarga dan harta bendanya sekalian”
Dengan hadis ini jelas cinta kepada Nabi itu tidak akan terputus di hati orang-orang beriman hingga akhir zaman. Cinta kepada Allah dalam rangka iman kepada Allah masih akan bernyala selama Al-Quran masih ada. Pembuktian itu adalah dengan berjihad menegakkan agamanya, berjuang mengokohkan hukumnya, melakukan dakwah, walau orang-orang musyrik tidak menyukainya.
(dikutip dari Renungan Tasauf, HAMKA)

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1433H


dari
Masjid Kariah Kampung Pauh Terachi, Negeri Sembilan

Tuesday, January 24, 2012

Aktiviti Masjid: Ceramah Peluang Perniagaan daripada Jemaah Group



Tuan Nazir menjadi pengerusi majlis pada malam itu

Ustaz Mohd Shah Rizan Ibrahim bersedia sebelum ceramah

Para ahli kariah mengambil tempat sebelum ceramah dimulakan

Bertempat di perkarangan masjid, pada 22 Januari 2012, Jemaah Group menyampaikan satu ceramah peluang perniagaan kepada ahli kariah yang berpotensi menjadi produk utama dalam penjagaan kenderaan diberi nama Super Miracle Plus, produk berteknologi tinggi yang berasal dari Korea Selatan. Pihak masjid mengucapkan terima kasih kerana inilah masjid pertama dalam daerah Kuala Pilah yang dipilih oleh Jemaah Group untuk pendedahan peluang perniagaan ini. Sambutan yang diberikan oleh ahli kariah adalah baik dan menggalakkan. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan Jemaah Group, bolehlah layari http://jemaahgroup.com