Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433H / 2012M

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1433H

dari 

PEGAWAI DAN AJK MASJID
SEMOGA BEROLEH RAMADHAN YANG TERBAIK, AMEEN

Sunday, June 17, 2012

Kuliah Takmir: Ustaz Daud Bin Abdul Razak, Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman


Ustaz Daud dan Tuan Nazir


Ketua Kampung, En. Kamarudin dan Hj. Johan


En. Riduan dan En. Karim

Suatu Perkara Besar

PERJALANAN ROH MANUSIA
HADITH PERTAMA
Dari Kitab An Naso ihud diniyyatu wal wasoyal imaniyyatu (Nasihat Agama dan Wasiat Iman).
Oleh Imam Habib Abdullah Haddad.


Hadith di bawah ini dicatat oleh Al-Hafizh As-Sayuthi rahimahullah di dalam kitabnya Syarhus-Shudur,
yang menurutnya telah dikeluarkan oleh Ibnu Abid-Dunya dan Abu Nu’aim.


Daripada Jabir bin Abdullah ra berkata: “Saya pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya anak adam itu sentiasa dalam lalai tentang apa yang dijadikan Allah baginya. Sessungguhnya ketika ia dicipta oleh Tuhan, berkata Tuhan kepada malaikat: catitkanlah rezekinya! catitkanlah jalan hidupnya! catitkanlah ajalnya! catitkanlah sama ada kesudahannya celaka atau bahagia! Sesudah menjalankan tugas Malaikat itu pun kembali.
Kemudian ditugaskan dua malaikat pula untuk menuliskan semua kebajikan dan kejahatan orang itu seumur hidupnya. Apabila ia menemui ajalnya (mati), kedua malaikat tadi pun berangkat kembali.
Lalu ditugaskan Allah Malakul-Maut (Izrail) untuk mengambil nyawanya. Setelah selesai dikuburkan, rohnya dikembalikan ke jasad. Ketika itu tibalah dua malaikat lain (Mungkar dan Nakir) untuk menyoalnya. Setelah selesai di soal, keduanya pun kembalilah.
Apabila tiba saat (hari kiamat) masing-masing malaikat yang menulis kebajikan dan yang menulis kejahatan itu turun semula dengan sebuah buku catitan, lalu buku catitan itu digantungkan di leher orang itu, sambil keduanya mengiring orang itu, yang satu sebagai pemimpin dan yang stau lagi sebagai penyaksi.
Kemudian Rasulullah saw bersabda lagi: Sesungguhnya suatu perkara besar sedang menanti kamu di hari muka, yang mana kamu tiada langsung tertanggung olehnya, maka hendaklah kamu memohon pertolongan Allah yang Maha Agung.”

Gambar-gambar Projek Tanaman Nanas dan Durian Belanda di Tanah Wakaf Masjid








Thursday, June 14, 2012

Sambutan Israk dan Mikraj, 22 Jun 2012 (Jumaat)



InsyaALLAH, masjid ini akan mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj 1433H pada 22 Jun 2012 (Jumaat). Penceramah yang akan menyampaikan ceramah Israk dan Mikraj pada kali ini ialah Ustaz Shamsul Bahari, Pegawai JASA Negeri Sembilan. Di jemput seluruh ahli kariah dan masyarakat sekitarnya untuk bersama-sama menyambutnya dengan rasa kesyukuran dan keinsafan di mana peristiwa yang dialami oleh Baginda Nabi Muhammad SAW ini mengandungi pelbagai hikmah untuk kita hayati.

Saturday, May 19, 2012

Kursus Ahli Koperasi Masjid

Para Ahli Kariah sedang mendengar maklumat yang disampaikan


Ustaz Hamid, salah seorang ALK

Tuan Bendahari Koperasi sedang mengutip syer saham

En. Badrol, Wakil ANGKASA menyampaikan slot kursusnya


Nazir Masjid, Hj. Maradzi Bersama Dato' Hj. Aliasak

Koperasi Kariah Masjid Kg. Pauh Terachi Kuala Pilah Berhad selesai mengadakan Kursus Asas Koperasi pada 9 Mei 2012 yang lalu. Alhamdulillah, sambutan yang diterima daripada ahli kariah sangat menggalakkan di mana kehadiran yang dicatatkan sebanyak 85 orang. Permohonan menjadi ahli koperasi daripada keluarga ahli kariah juga masih diterima dan akan dibawa ke mesyuarat ahli lembaga koperasi. Terima kasih diucapkan kepada Dato' Hj. Aliasak Hj. Ambia, ANGKASA N9 dan En. Badrol daripada ibu pejabat ANGKASA kerana sudi menyampaikan ceramah dalam kursus ini. Semoga dengan kursus ini, ahli koperasi masjid dapat  memperoleh ilmu dan maklumat mengenai asas pengurusan koperasi seterusnya bersama-sama membangunkan koperasi ini. InsyaALLAH..

Sunday, April 1, 2012

Kuliah Takmir:Bab Walimah dan Pensyariatannya


TUAN GURU UST . HJ HAMID SEDANG MENYAMPAIKAN KULIAH

TUAN BILAL EN MOHD RADZI BIN ABD. GHANI KHUSUK MENDENGAR


TOK KETUA KAMPONG EN KAMARUDIN DAN HJ JOHAN

Sunday, March 18, 2012

Kuliah Maghrib: Ustaz Dato' Hj. Arshad (Kelebihan Orang Melaungkan Azan)




Pada 16 Mac 2012, kuliah Magrib bulanan oleh YBhg. Ustaz Dato' Arshad diadakan di masjid ini dengan kuliah memasuki tajuk baru iaitu Kelebihan Orang Yang Melaungkan Azan (Bilal). Apabila dihuraikan oleh YBhg. Ustaz, barulah penulis menyedari bahawa terdapat banyak ganjaran yang menakjubkan apabila seorang dengan ikhlas melaungkan azan untuk memanggil orang ramai mengerjakan solat. Berikut dipetik beberapa kelebihan menjadi bilal. Kuliah mengenai tajuk ini akan disambung pada bulan April akan datang, InsyaAllah.
Kelebihan menjadi Muazzin (bilal)
Said Ahmad bin Said Alawi Almaliki didalam kitabnya yang bertajuk شرف الامة المحمدية(kemuliaan umat MUHAMMAD s.a.w.) beliau menerangkan dalam satu bab yang khusus membicarakan tentang kelebihan azan dan muazzin ( tok bilal ) berdasarkan hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh imam-imam yang terkenal . 

Antara kemuliaan umat Muhammad saw ialah Allah mengurniakan kelebihan azan. Terdapat banyak hadis yang menyentuh kelebihan azan. Antaranya ialah :
1. Sesiapa yang mendengar azan itu akanmenjadi saksi bagi yang melaungkannya.
Sabda rasulullah s.a.w.
لا يسمع مدى صوت المؤذن جن ولا انس ولا شيء الا يشهد له يوم القيامة
رواه البخارى
Maksudnya: Maka sesungguhnya, tidak adalah yang mendengar kelantangan suara muazzin daripada kalangan jin dan manusia atau sesuatu daripada makhluk Allah melainkan mereka yang tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari qiamat kelak.
(Hadis Sahih Bukhari , Bab Azan 574)

2. Kelebihan yang sangat besar
لو يعلم الناس ما فى النداء والصف الاول ثم لم يجدوا الا ان يستهموا لا ستهموا عليه لأستهموا ولويعلمون ما في التهجير لا ستبقوا اليه ولو يعلمون ما في العتمة والصبح لاتوهما ولوحبوا
Maksudnya: Jikalau manusia mengetahui akan kelebihan azan dan saf awal, dan mereka tidak akan mendapat keputusan siapakah yang layak melainkan dengan cara undi, maka mereka akan melakukannya. Dan seandainya mereka mengetahui akan kebaikan yang terdapat dalam bersegera solat nescaya mereka akan berlumba-lumba. Dan seandainya mereka mengetahui akan kebaikan pada solat subuh dan isyak nescaya mereka akan mendatanginya walaupun perlu merangkak. (Hadis Sahih Bukhari ; Bab Azan, 580)


3. Diampunkan dosanya sejauh mana suaranya didengari
يد الرحمان فوق راس المؤذن وانه ليغفر له مدى صوته اين بلغ
رواه الطبرنى
Maksudnya : Tangan (keredhaan Allah) yang bersifat Rahman di atas kepala muazzin dan muazzin diberi keampunan sejauh mana suaranya sampai kepada sekelian alam.
Hadis riwayat Thabarani

Maksudnya; Dari Ibnu Umar r.a beliau berkata, Rasulullah saw bersabda : Allah mencurahkan ampunannya kepada para muazzin, sampai di mana suaranya didengari dan setiap yang basah ataupun yang kering yangmendengar suaranya itu akan menjadi saksi baginya.
(Hadis riwayat Imam Ahmad)


4. Beroleh pelepasan dari api neraka
عن عبد الله بن عباس رضى الله عنهما ان النبى( ص) قال من اذن سبعين سنين محتسبا كتب له براءة من النار
الترمزى رواه
Daripada Abdillah bin Abbas berkata ia bahawasanya nabi s.a.w. telah bersabda ia barang siapa melaungkan azan selama tujuh tahun dengan niat mengharapkan pahala daripada Allah, maka ditulis baginya pelepasan daripada api neraka .
(Hadis riwayat tarmizi)


5. Didoakan oleh Rasulullah SAW.
Maksud Hadis; Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda, "Seorang imam adalah penjamin dan muazzin adalah orang yang diamanahkan. Ya Allah, berilah petunjuk kepada para imam dan ampunilah orang yang melaungkan azan .( Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)



6. Azan adalah laungan yang sangat ditakuti oleh syaitan
Maksudnya; ان الشيطان اذا سمع الندا بالصلاة ذهب حتى يكون مكان الروحاء
رواه الطبرنى
Maksudnya : Sesungguhnya apabila syaitan mendengar azan untuk sembahyang ia akan lari sehingga ke suatu tempat yang jauh.
Riwayat thabarani


7. Beroleh kemuliaan di hari akhirat
قال رسول الله( ص) المؤذن اطول الناس اعناقا يوم القيامة
رواه مسلم
Maksudnya: Para Muazzin adalah orang yang paling 'panjang lehernya' pada hari qiamat .
Riwayat muslim .
Menurut Ibnu Majah, 'Panjang leher' adalah kinayah yang digunanakan oleh orang arab bagi pemimpin atau ketua yang tinggi kedudukannya.
فعن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما ان رسول الله ( ص) قال ثلاثة على كثبان المسك واراه قال يوم القيامة زاد فى رواية يغبطهم الاولون والاخرون عبد ادى حق الله وحق مواليه ورجل ام قوما وهم به راضون ورجل ينادى بالصلوات الخمس فى كل يوم وليلة . رواه احمد والترمذى
Daripada Abdullah bin umar r.a. bahawasanya Rasulullah telah bersabda, " Tiga golongan yang mendapat kemuliaan pada hari akhirat kelak ialah, mereka yang berada di atas bukit yang dibuat daripada kasturi yang dicemburui oleh golongan awal dan golongan akhir daripada umat rasulullah s.a.w iaitu, pertamanya ialah golongan yang menunaikan hak Allah dan hak majikannya atau ketuanya, keduanya ialah seorang yang mengimamkan suatu qaum dan mereka redha dengannya menjadi imam dan golongan yang ketiganya ialah seorang yang melaungkan azan solat lima waktu pada siang dan malamnya. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tarmizi )


8. Beroleh ganjaran pahala dan kebaikan di hari akhirat
من اذن اثنى عشرة سنة وجبت له الجنة وكتب له بتاءذينه فى كل يوم ستون حسنة ولكل اقامة ثلاثون حسنة- رواه ابن ماجه
Daripada Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa melaungkan azan selama dua belas tahun, maka wajiblah baginya syurga dan setiap hari ditulis enam puluh kebaikan kerana azannya dan tiga puluh kebaikan dari iqamatnya."
(Riwayat ibnu majah)


9. Beroleh ganjaran syurga.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ; Allah redha dengan pengembala di puncak bukit yang melaungkan azan untuk bersolat dan kemudian menunaikan solat. Allah berfirman; lihatlah keadaan hambaKu ini yang melaungkan azan dan menunaikan solat dalam keadaan takut kepadaku. Aku telah mengampuni dosa hambaku ini dan akan memasukkannya ke dalam syurga."
(Riwayat Abu Daud dan An-Nasai'e)