Tuesday, August 7, 2012
Friday, July 20, 2012
Salam Ramadhan 1433H / 2012M
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1433H
dari
PEGAWAI DAN AJK MASJID
SEMOGA BEROLEH RAMADHAN YANG TERBAIK, AMEEN
Sunday, June 17, 2012
Kuliah Takmir: Ustaz Daud Bin Abdul Razak, Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman
|
|
| Ustaz Daud dan Tuan Nazir |
| Ketua Kampung, En. Kamarudin dan Hj. Johan |
En. Riduan dan En. Karim
Suatu Perkara Besar
PERJALANAN ROH MANUSIA
HADITH PERTAMA
Dari Kitab An Naso ihud diniyyatu wal wasoyal imaniyyatu (Nasihat Agama dan Wasiat Iman).
Oleh Imam Habib Abdullah Haddad.
Hadith di bawah ini dicatat oleh Al-Hafizh As-Sayuthi rahimahullah di dalam kitabnya Syarhus-Shudur,
yang menurutnya telah dikeluarkan oleh Ibnu Abid-Dunya dan Abu Nu’aim.
Daripada Jabir bin Abdullah ra berkata: “Saya pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya anak adam itu sentiasa dalam lalai tentang apa yang dijadikan Allah baginya. Sessungguhnya ketika ia dicipta oleh Tuhan, berkata Tuhan kepada malaikat: catitkanlah rezekinya! catitkanlah jalan hidupnya! catitkanlah ajalnya! catitkanlah sama ada kesudahannya celaka atau bahagia! Sesudah menjalankan tugas Malaikat itu pun kembali.
Kemudian ditugaskan dua malaikat pula untuk menuliskan semua kebajikan dan kejahatan orang itu seumur hidupnya. Apabila ia menemui ajalnya (mati), kedua malaikat tadi pun berangkat kembali.
Lalu ditugaskan Allah Malakul-Maut (Izrail) untuk mengambil nyawanya. Setelah selesai dikuburkan, rohnya dikembalikan ke jasad. Ketika itu tibalah dua malaikat lain (Mungkar dan Nakir) untuk menyoalnya. Setelah selesai di soal, keduanya pun kembalilah.
Apabila tiba saat (hari kiamat) masing-masing malaikat yang menulis kebajikan dan yang menulis kejahatan itu turun semula dengan sebuah buku catitan, lalu buku catitan itu digantungkan di leher orang itu, sambil keduanya mengiring orang itu, yang satu sebagai pemimpin dan yang stau lagi sebagai penyaksi.
Kemudian Rasulullah saw bersabda lagi: Sesungguhnya suatu perkara besar sedang menanti kamu di hari muka, yang mana kamu tiada langsung tertanggung olehnya, maka hendaklah kamu memohon pertolongan Allah yang Maha Agung.”
Thursday, June 14, 2012
Sambutan Israk dan Mikraj, 22 Jun 2012 (Jumaat)
InsyaALLAH, masjid ini akan mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj 1433H pada 22 Jun 2012 (Jumaat). Penceramah yang akan menyampaikan ceramah Israk dan Mikraj pada kali ini ialah Ustaz Shamsul Bahari, Pegawai JASA Negeri Sembilan. Di jemput seluruh ahli kariah dan masyarakat sekitarnya untuk bersama-sama menyambutnya dengan rasa kesyukuran dan keinsafan di mana peristiwa yang dialami oleh Baginda Nabi Muhammad SAW ini mengandungi pelbagai hikmah untuk kita hayati.
Saturday, May 19, 2012
Kursus Ahli Koperasi Masjid
| Para Ahli Kariah sedang mendengar maklumat yang disampaikan |
| Ustaz Hamid, salah seorang ALK |
| Tuan Bendahari Koperasi sedang mengutip syer saham |
| En. Badrol, Wakil ANGKASA menyampaikan slot kursusnya |
| Nazir Masjid, Hj. Maradzi Bersama Dato' Hj. Aliasak |
Koperasi Kariah Masjid Kg. Pauh Terachi Kuala Pilah Berhad selesai mengadakan Kursus Asas Koperasi pada 9 Mei 2012 yang lalu. Alhamdulillah, sambutan yang diterima daripada ahli kariah sangat menggalakkan di mana kehadiran yang dicatatkan sebanyak 85 orang. Permohonan menjadi ahli koperasi daripada keluarga ahli kariah juga masih diterima dan akan dibawa ke mesyuarat ahli lembaga koperasi. Terima kasih diucapkan kepada Dato' Hj. Aliasak Hj. Ambia, ANGKASA N9 dan En. Badrol daripada ibu pejabat ANGKASA kerana sudi menyampaikan ceramah dalam kursus ini. Semoga dengan kursus ini, ahli koperasi masjid dapat memperoleh ilmu dan maklumat mengenai asas pengurusan koperasi seterusnya bersama-sama membangunkan koperasi ini. InsyaALLAH..
Sunday, April 1, 2012
Kuliah Takmir:Bab Walimah dan Pensyariatannya
TUAN GURU UST . HJ HAMID SEDANG MENYAMPAIKAN KULIAH
TUAN BILAL EN MOHD RADZI BIN ABD. GHANI KHUSUK MENDENGAR
TOK KETUA KAMPONG EN KAMARUDIN DAN HJ JOHAN
Subscribe to:
Posts (Atom)





