Thursday, November 26, 2009

PERSERTA KORBAN MASJID KAMPONG PAUH

SILA KLIK PLAY UNTUK TAKBIR RAYA


27.11.2009 RAYA PERTAMA(JUMAAT)
LEPAS SEMBAHYANG RAYA


EN SULAIMAN BIN KASIM
1 EKOR (MASJID)
1 EKOR (RUMAH KG AIR HITAM)
Semua dijemput hadir makan tengahari dan tahlil dirumah.

BERKUMPULAN 1 EKOR (MASJID)
-HJ OSMAN BIN SAID
-HJH RUZIMAH BT HJ OTHMAN
-HJH SAERAH BT HJ SALAM
-HJ MOHD DARUS BIN UJUD
-HJH MAIMUNAH BT HJ AKHIR
-HJH ZALIFAH BT HJ ISMAIL
-NORAZLIZA BT OSMAN

AYIM TANJUNG - 1 EKOR LEPAS SEMBAHYANG JUMAAT

PN RUSLINA BT HJ NAIM DAN KELUARGA- 1 EKOR JAM 2 PETANG DIRUMAH





28.11.2009(SABTU)
HARI RAYA KE-2 JAM 8 PAGI


1. DATO' HJ MOHD NOR DAN KELUARGA 2 EWKOR (MASJID)
Semua ahli kariah dijemput hadir ke masjid jam 12.00 tghari
tahlil arwah dan doa selamat hajat.
makan tegahari disediakan.


2. KELUARGA MAIMUNAH BT TAMAT -1EKOR (MASJID)
-HJ SUFIA B. MUKHRI
-HJH UMI KALSUM BT HJ IBRAHIMA
-HJH FATIMAH BT HJ ABD WAHID
-AZAHARI BIN YAHYA
-ZAFIAN BIN HJ SUFIAT
-HJH MAIMUNAH BT SUFIAT
-HJH MAIMUNAH BT MA AMIN
-ZAHARAH.

Semua ahli kariah dijemput hadir datang membantu kerja-kerja penyembelihan dan membahagikan daging korban.

3.KELUARGA HJH ROKIAH 1 EKOR (PUSAT SEMBELIHAN EN SAYIN )
-HJH ROKIAH BT HJ ALIAS
-HJH SURIATI BT HJ SABARI
-SURIANI BT HJ SABARI
-HJ LUFTI FAUZI BIN HJ SABARI
-SYAFINAS BT HJ SABARI
-ARIFAH MUNIRAH BT HJ ZULKAFLI
-AIN SYAFA NABILA BT HASHIM

(daging korban akan diedarkan oleh tuan rumah sendiri)

SEMUGA ALLAH MENERIMA KORBAN KITA DENGAN IKHLAS DAN TERGOLONG DENGAN ORANG-ORANG BERTAKWA DAN SOLIHIN... AMIN

editor
hjzulhjzakaria.

Wednesday, November 25, 2009

100 jemaah haji masuk hospital

Penceramah: Ustaz Shaari Che In
Tajuk Kuliyah: Sibuk Dengan Dunia

sila klik play dengar ceramah.


100 jemaah haji masuk hospital
Seramai 120 jemaah haji kebanyakannya warga emas berusia 60 tahun ke atas dimasukkan ke hospital Tabung Haji kerana menghidap pelbagai komplikasi penyakit sejak mereka tiba di kota Mekah 27 Oktober lepas, kata Pengarah Hospital Tabung Haji di Aziziah, Dr Mat Noh Karim.

Bagaimanapun, katanya, daripada jumlah itu cuma 29 pesakit yang masih dirawat di hospital Aziziah manakala 32 pesakit lagi dirawat di hospital Tabung Haji di Sisya.

"Kebanyakan jemaah haji yang dimasukkan ke hospital adalah kerana masalah jantung dan pernafasan," katanya dalam taklimat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej Gen (B) Datuk Jamil Khir Baharom yang melawat hospital Aziziah di Mekah hari ini.

Dr Mat Noh berkata kesemua pesakit yang masih menerima rawatan di hospital Aziziah dan Sisya akan dibawa dengan ambulans ke padang Arafah esok untuk wukuf walaupun untuk cuma beberapa minit.

Setelah mendengar taklimat, Jamil Khir kemudian menemui pesakit yang sedang menerima rawatan dan menasihati mereka supaya kuatkan semangat untuk cepat sembuh supaya dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna.

Bercakap kepada petugas media Tabung Haji kemudian, Jamil Khir melahirkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan kerana telah meminjamkan doktor, jururawat serta kakitangan sokongan yang lain sebagai petugas perubatan Tabung Haji.

"Kesemua anggota petugas perubatan telah menunjukkan semangat serta komitmen yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab memberikan rawatan yang sempurna kepada jemaah haji dan ini dapat dilihat daripada rasa puashati yang disuarakan oleh pesakit ketika saya menemui mereka," katanya.

Ditanya tentang kemungkinan untuk menambah bilangan petugas perubatan pada musim haji tahun depan, Jamil Khir berkata perkara ini akan dibincangkan terlebih dahulu dengan Kementerian Kesihatan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan khidmat daripada doktor yang bertugas dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi musim haji tahun depan sekiranya ada keperluan. BERNAMA

Monday, November 23, 2009

Matahari dari dekat (5,000 KM)

Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of
Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope
Matahari dari dekat (5,000 KM)
Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril: sebesar kurma...
Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.
PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana,
tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya
secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.
Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap,
sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum
terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu,
nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)

Saturday, November 21, 2009

MENJAGA ADAB KETIKA PERSELISIHAN PENDAPAT

Sila klik butang play dengar ceramah.
Penceramah: Ustaz Zahidi
Tajuk Kuliyah: Kasih Akan Harta
Kitab: Penawar Bagi Hati



Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Islam adalah agama yang syumul dan lengkap. Jika manusia dapat mengikuti
agama itu dengan khusyuk dan tertib, ia akan membawa kepada kecemerlangan.
Tetapi sejak kebelakangan ini kita dilanda wabak yang merbahaya iaitu
perselisihan pendapat atau ikhtilaf terbuka di antara ulamak dengan ulamak,
orang awam dengan ulamak atau orang politik dengan ulamak mengenai isu
agama Islam. Apa yang lebih memeranjatkan kita lagi ialah peningkatan orang

bukan Islam dan orang yang jahil agama tanpa segan silu mengeluarkan
pendapat terbuka tentang Islam.
Berdasarkan pemerhatian mimbar, ikhtilaf di kalangan pihak-pihak
tersebut telah menimbulkan suasana kelam-kabut dalam masyarakat Islam
sekaligus menjejaskan nama baik agama Islam serta penganutnya. Mimbar ingin
mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian, jangan memperbesar-besarkan
isu khilafiah, isu remeh-temeh seperti tahlil, maulidurasul, talqin dan
sebagainya. Isu ini adalah isu lama dan ulamak yang bijak lagi waras tidak
memperbesar-besarkannya.
Sabda Rasulullah SAW daripada ‘Iyadh bin Himar:
Mafhumnya: “ Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang
memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada
seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan
tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang
lain”. (Riwayat Muslim)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Merujuk kepada sejarah Islam, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Hanafi dan
Imam Hanbali serta aliran mazhab yang lain mempunyai keistimewaan dan
kelebihan masing-masing. Anak-anak murid dan pengikut-pengikut mereka
semakin bertambah dari hari ke hari. Tetapi mereka telah menunjukkan sikap
mulia seperti saling hormat menghormati atas semangat setiakawan yang tinggi.
Apa yang jelas, Islam telah meletakkan adab-adab yang tinggi ke atas
setiap muslim dalam proses pergaulan sesama muslim termasuklah ketika
berselisih faham mengenai isu yang kurang jelas. Namun begitu kita ditegah
menghina ulamak tertentu walaupun berbeza pandangan atau pendekatan.
Ulamak dahulu adalah umat yang terbaik dan mendapat pengiktirafan dari
masyarakat ketika itu.

Apa yang menyedihkan sekarang ialah perselisihan pendapat yang
membawa krisis ulamak merugikan negara dan ummah. Keadaan ini diburukkan
lagi apabila ada pihak yang anti-ulamak menulis atau membuat kenyataan
secara sedar, jelas dan berterusan dengan niat dan tindakan untuk menghina
Islam.
Mimbar kesal dengan adanya percubaan pihak-pihak tertentu kononnya
atas dasar kebebasan bersuara, berfikir dan mengeluarkan pendapat, maka
sewenang- wenangnya mahu menjadikan Islam dan segala hukum syariat Islam
sebagai suatu perdebatan yang bebas mengikut sesuka hati sesiapa sahaja dan
mengenepikan asas-asas kaedah dan disiplin ilmu yang betul dalam Islam.
Kedangkalan ilmu sesetengah pihak bukan sahaja merosakkan imej dan
kesucian agama Islam, malah akan menimbulkan kekeliruan yang merbahaya di
kalangan masyarakat awam khususnya masyarakat Islam di negara ini. Mimbar
berpendirian jika agama Islam dibiarkan didebat secara bebas, angkuh dan
sombong bongkak seperti yang ditulis atau dilaungkan oleh pihak tertentu tanpa
mengikut disiplin ilmu Islam yang betul, maka kewibawaan seluruh institusi
Islam di negara ini akan terdedah kepada cercaan dan penghinaan.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Mimbar mendapati budaya pihak tertentu yang terus menyerang ulamak dalam
hasil tulisan mereka secara menghina dan biadap adalah suatu perkara yang
tidak dapat diterima. Persoalannya kenapa golongan ulamak menjadi sasaran
serangan yang berterusan oleh pihak-pihak ini.?
Ulamak yang beramal dengan Islam sebenar tidak pernah mendakwa diri
mereka sebagai manusia sempurna. Namun jika sekalipun pendapat ulamak
mahu dikritik, kenapa perlu mereka dihina dan dicerca dengan mempermainmainkan
dan memerendah-rendahkan peribadi mereka dengan kata-kata

menghina. Menyedari hakikat ini, umat Islam yang terlibat dengan perselisihan
pendapat itu perlu menjaga adab-adab berikut:
Pertama: Bersifat lapang dada menerima kritikan yang membina. Sikap
sedemikian dapat menghindarkan kita daripada bersifat sombong dan bangga
diri atas kelebihan diri yang ada.
Kedua: Memilih perkataan yang terbaik dalam sesi perbincangan.
Ketiga: Menjaga tingkahlaku dan tuturkata dengan lebih bersopan. Hindarkan
daripada caci maki dan nafsu jahat sehingga tergelincir daripada kebenaran.
Insaflah, ikhtilaf boleh disalah tafsir atau dimanipulasikan oleh suatu
perancangan berniat jahat dan seolah-olah ada suatu usaha tersusun dari pihakpihak
tertentu untuk menyerang Islam dan institusi ulamak di negara ini.
Sebagai langkah pengawalan, marilah kita memelihara perkara-perkara berikut:
Pertama, walaupun Islam membenarkan ikhtilaf tetapi wajib kita menjauhinya
sekiranya ia tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar.
Kedua, perkara yang boleh diijtihad itu perlu mematuhi beberapa syarat bagi
memastikan keaslian perbincangan tersebut.
Ketiga, mengikuti akhlak para salafusoleh dalam pergaulan sesama mereka
ketika terjadi ikhtilaf.
Keempat, dilarang menuduh atau memfitnah sesama Islam kecuali disertai
ilmu dan keadilan.
Kelima, tidak mencampur adukkan antara masalah ijtihadiyah dengan masalah
iftiraq (perpecahan).

Maksudnya: “Oleh sebab itu jika mereka berhujah membantahmu maka
katakanlah: Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang
yang mengikutku. Dan bertanyalah kepada orang yang diberi Kitab, dan orang
yang buta huruf: Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang
aku bawa itu)? Jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah
medapat petunjuk; dan jika mereka berpaling, maka sesungguhnya
kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah),
Allah Maha Melihat (tingkah laku) sekalian hamba-Nya.” (Ali Imran: 20)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-siri Khutbah Jumaat
“MENJAGA ADAB KETIKA PERSELISIHAN PENDAPAT”
(13 NOVEMBER 2008 / 25 ZULKAEDAH 1430H)

Tuesday, November 17, 2009

“ Watak Manusia Yang Dibenci Oleh Islam ”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Di kesempatan dalam masjid yang mulia penuh berkat ini, saya menyeru diri saya dan sidang jemaah sekalian, marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar yang mulia ini akan membincangkan tajuk: “ Watak Manusia Yang Dibenci Oleh Islam ”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Allah SWT mencipta alam dan muka bumi dengan sempurna supaya manusia dapat hidup aman damai. Bagaimanapun terdapat manusia yang suka mengganggu ketenterman dan kesejahteraan itu sendiri. Dalam al-Qur’an disebutkan empat watak manusia yang sebegini. Sama ada dalam kehidupan peribadi, berjiran tetangga, bermasyarakat, berbangsa atau bernegara. Keempat-empat watak ini selalunya mengganggu masyarakat dan sentiasa bekerja mengelabui mata orang ramai, mempersenda-sendakan agama dan melakukan apa sahaja untuk merosakkan masyarakat dan ummah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 204-205:

Maksudnya: “Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah) bahwa Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya. Dan apabila ia berpaling, berjalanlah ia di bumi, untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada kerosakan.”

Antara watak tersebut adalah:

Watak Pertama: Manusia yang bermulut manis dibibir tetapi hati penuh dengan racun berbisa. Manusia jenis ini sangat pandai berkata-kata dan mempunyai daya tarikan yang mempersonakan hati ramai orang. Dia boleh dianggap mempunyai hati yang baik, jujur, sentiasa berbuat kebaikan dan seorang pemikir yang sentiasa memikirkan kepentingan umum tetapi pada hakikatnya adalah lain dibibir lain dihati.

Pada pandangan agama Islam, manusia seperti ini adalah seorang yang munafik. Zahirnya mengatakan ’Ya’ tetapi batinnya mengatakan ’Tidak’. Manakala dalam masyarakat Melayu, dia dipanggil ’Musuh Dalam Selimut’, ’Musang Berbulu Ayam’ atau ’Telunjuk Lurus Kelingking Berkait’.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Watak Kedua: Manusia perosak masyarakat. Manusia jenis ini tidak mempunyai rasa malu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk merosakkan masyarakat. Kerosakkan yang dilakukan adalah semata-mata kerana tidak dapat mengawal perasaan dan emosi apabila melihat orang lain mendapat kebaikan.

Antara musibah yang menimpa masyarakat dengan adanya manusia sebegini adalah lahir kumpulan yang suka menyalahkan orang lain atau kumpulan lain. Ada yang sanggup mencaci, menghina, memaki orang lain. Kita perlu ingat bahawa watak ini tidak dapat menyelesaikan masalah ummah tetapi menambahkan beban masalah buat masyarakat dan negara. Justeru itu, manusia yang terlibat dalam kelompok ini, gemar mencela, mengumpat, mengutuk, memfitnah tanpa dasar yang betul. Adalah suatu kezaliman sekiranya seseorang menuduh orang lain melakukan perbuatan yang tidak dilakukan olehnya.

Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan kita dalam sebuah hadith baginda yang diriwayatkan oleh at-Thobarani:

Mafhumnya: “Janganlah kamu mencaci maki para pemimpin. Doakanlah kebaikan untuk mereka kerana sesungguhnya kebaikan mereka membawa kebaikan untuk kamu juga”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Salah satu perkara yang dilakukan oleh mereka ini ialah melalui penyebaran berita palsu dan fitnah. Fitnah dilakukan sama ada melalui perkataan, ucapan atau tulisan. Pada zaman era globalisasi ini pelbagai fenomena fitnah telah muncul. Justeru, umat Islam hendaklah berusaha menolak dan menjauhi daripada terlibat. Alat-alat tekonologi yang maju patut digunakan untuk faedah dan kebaikan manusia dan bukannya disalahgunakan.

Sedarilah bahaya fitnah tersebut boleh menjatuhkan maruah seseorang. Jika fitnah terkena kepada pemimpin, maka jatuhlah kepimpinannya. Jika fitnah itu mengenai guru, maka hilanglah kewibawaannya sebagai pendidik. Dan jika fitnah itu mengenai suami isteri, maka bergoncanglah keharmonian rumah tangga dan keluarga.

Firman Allah SWT dalam surah alk-Anfal ayat 25:

Maksudnya: “Dan jagalah diri kamu daripada dosa yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya”.

Watak Ketiga pula ialah: Manusia yang tidak boleh ditegur atau tidak boleh menerima kritikan, tidak bersikap terbuka dan tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat. Mereka ini jika diajak membetulkan kesilapan diri, diseru mengikut jalan yang betul, diajak secara jujur, maka mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak.

Watak manusia sebegini adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat kesalahan diri sendiri atau kumpulan mereka. Mereka selalu berasa benar dan bijak, manakala kesilapan datangnya daripada orang lain. Lantaran itu manusia seperti ini akan menjadikan sesiapa sahaja sebagai ‘Kambing Hitam’ untuk menutup segala kesalahan dan kelemahan yang ada pada diri mereka.

Kesemua watak manusia yang dinyatakan tadi mengajak kita semua berfikir dan berwaspada supaya tidak menjadi golongan berkenaan. Untuk itu mimbar menyeru semua pihak dan sidang jemaah sekalian, sedarilah bahawa masyarakat yang bertamadun akan mengelakkan diri daripada sebarang perbuatan jahat yang boleh memusnahkan agama, masyarakat dan negara. Semoga dengan sikap sedemikian kita tidak terjerumus ke dalam perbalahan, perpecahan, pencerobohan hak, pertumpahan darah dan sebagainya.



Maksudnya: “Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau jika Ia memberikan rahmat kepada kamu? Dan mereka tidak akan beroleh sesiapapun selain Allah, pelindung atau penolong mereka.”
(Surah al-Ahzab:17)

petikan dari:
siri khutbah JAKIM

Monday, November 16, 2009

SELSEMA BABI(H1N1)

SILA TEKAN BUTANG PLAY


PENCERAMAH: SYEIKH FUAD KAMALUDDIN
TAJUK: SELSEMA BABI (H1N1)

Saturday, November 14, 2009

PANDUAN IBADAT KORBAN

sila klik butang play untuk dengar mp3




Penceramah: Ustaz Hazri
Tajuk Kuliyah: Panduan Ibadah Qurban

Sekiranya menghadapi kesukaran untuk mendengar kuliyah ugama, sila bersihkan "cache" dan "cookie" pelayar internet anda. Kuliyah dot Net mengsyorkan penggunaan pelayar internet (web browser) Firefox , Netscape dan Flock. Pastikan juga pelayar internet dilengkapi dengan plugin flash.

Friday, November 13, 2009

ARAK PEROSAK UMMAH


ARAK adalah minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan. Dalam bahasa Arab ia disebut al-khamr, bermaksud menutup.
Menutup itu mengambil sifat khamr itu yang menghilangkan kewarasan akal peminum arak (mabuk), menjadikan si peminum terlena dan tidak sedarkan diri.
Islam mengharamkan arak yang terdiri daripada air, karbohidrat (glukos), mineral, vitamin dan etanol. Dalam hadis yang diriwayatkan Muslim, daripada Ibnu Umar, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Semua yang memabukkan adalah arak dan semua yang memabukkan adalah haram".
Pengharaman itu dibuat sebanyak empat kali iaitu secara berperingkat (tadriji) sebelum ia diisytiharkan haram dan berdosa besar jika meminum arak. Ini membuktikan arak amat berbahaya daripada aspek kesihatan.
Bukan Islam saja mengharamkan arak, tetapi agama lain turut melarang penganutnya menjauhi arak kerana ia memudaratkan kesihatan dan perlakuan mereka.
Arak dihasilkan daripada buah-buahan seperti anggur, tamar dan bijirin seperti gandum melalui kaedah peram atau penapaian. Nama komersialnya seperti wiski dan brandi.

Namun, dalam bidang perubatan, alkohol mempunyai kepentingannya terutama dalam pembuatan minyak wangi.

Bagaimanapun, berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai alkohol dalam minyak wangi, hukumnya harus dan dimaafkan.

Namun, bagi minuman tanpa mengira apa jenis, hukumnya tetap haram.

Pengarah Institut Kajian Hadis Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Mohd Farid Ravi Abdullah, berkata Ibnu Abbas r.a meriwayatkan Islam mengharamkan arak kerana ia boleh menjadikan manusia rosak akal dan hilang maruah diri.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikannya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya." (Surah al-Nahl ayat 67).

"Ayat pertama itu memberi peringatan supaya umat Islam ketika itu berfikir kerana arak daripada tamar dan anggur yang manis itu jika dimasukkan bahan lain seperti ragi lalu diperam boleh mengubah sifatnya serta menyebabkan peminumnya mabuk atau khayal," katanya.

Beliau berkata, ayat itu juga menceritakan tabiat orang Arab ketika itu gemar memproses tamar dan anggur bagi menghasilkan arak yang akhirnya merosakkan akal fikiran.

"Islam menggunakan pendekatan berhemah dengan mendidik umat-Nya meninggalkan sesuatu yang diharam itu secara perlahan-lahan," katanya.

Bagi mengelak anak muda terjebak minum arak, ibu bapa perlu memberikan pendidikan agama.

"Jika bapa sendiri membawa anak ke pusat hiburan dan mengambil arak, jangan salahkan si anak jika suatu hari nanti mereka juga mengambil minuman haram itu.

"Apabila arak menjadi minuman harian, ia akan merosakkan generasi itu dalam tempoh jangka panjang," katanya.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang minum khamr seteguk, Allah tidak menerima amal fardu dan sunatnya selama tiga hari. Siapa yang minum khamr segelas, Allah SWT tidak menerima solatnya selama 40 hari. Orang yang tetap minum khamr selayaknya Allah memberinya minum dari Nahrul Khabaal ? Ketika ditanya : Ya Rasulullah apakah Nahrul Khabal itu? Jawabnya: Darah bercampur nanah ahli neraka". (Hadis riwayat Atthabrani).

Dalam ayat kedua, Allah s.w.t berfirman, maksudnya: "Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..." (Surah al-Baqarah ayat 219).

Seterusnya ayat yang berkaitan dengan pengharaman arak dijelaskan dalam firman Allah s.w.t, maksudnya: Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menghampiri solat sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan (baca)..." (surah al-Nisa' ayat 43).

Sebab turun ayat ini adalah bersandarkan riwayat kepada Saidina Ali bin Abi Thalib yang bermaksud: " Kami diundang Abdul Rahman bin 'Auf untuk makan di rumahnya, dihidangkan bagi kami makanan dan dihidangkan arak, kami minum sehingga mabuk. Kemudian masuklah waktu solat (Isyak), lalu aku diminta menjadi imam. Maka aku bacalah: " Qul ya ayyuha al-kafiruna la a'budu ma ta'buduna, wa nanhnu na'budu ma ta'buduna." (Abu Daud, al- Termidzi, al- Nasaie dan Hakim).

Farid berkata, ketika itu sahabat sedang bersolat yang diimamkan Ali, tetapi disebabkan Ali mabuk dia membaca ayat sedemikian rupa.

Manakala ayat yang terakhir yang secara jelas mengharamkan arak adalah dari Surah al-Maidah ayat 90 yang mana Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: " Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

Ayat yang diturunkan di peringkat keempat ini adalah muktamad bahawa hukum minum arak itu haram dan termasuk dalam dosa besar.

Farid kesal kerana kaedah penjualan arak kepada orang ramai masa ini terlalu mudah sehinggakan golongan remaja boleh mendapatkan di kedai serbaneka di tempat tinggal mereka.

"Mula-mula mereka kenal arak kemudian dengan sendirinya mereka melakukan perkara keji seperti seks bebas, pergaduhan dan pembunuhan.

"Perbuatan minum arak adalah amalan syaitan dan makhluk durjana itu tidak pernah menginginkan amal kebaikan manusia.

"Syaitan sentiasa menyuruh manusia melakukan kejahatan kerana itulah janjinya kepada Allah," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata sejarah kejatuhan kerajaan Mesir dan China kuno ada kaitan dengan penggunaan arak berlebihan.

"Terdapat tiga jenis arak seperti bir, wain dan spirits. Setiap satunya mempunyai peratusan kandungan alkohol yang berbeza.

"Minum arak dalam jumlah yang banyak atau sedikit tetap memberi kesan kepada kesihatan.

"Antaranya merosakkan otak, hati, usus kecil dan dinding perut. Akibatnya, tekanan darah menjadi tidak menentu sehingga otot tidak berfungsi sepenuhnya.

"Itu menyebabkan mereka yang mabuk berjalan terhoyong- hayang, mudah marah dan hilang sifat malu," katanya.

Katanya, amalan minum arak melebihi 50 gram sehari boleh menyebabkan kanser mulut, tekak, kerongkong, payudara, hati, paru-paru, perut, hempedu, ovari, prostat dan kulit.
Oleh Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

Wednesday, November 11, 2009

“HARGA SEBUAH KEHIDUPAN”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat serta umat Islam yang dikasihi sekalian. Marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita semua beroleh kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Tajuk khutbah yang akan dibicarakan pada hari ini ialah: “Harga Sebuah Kehidupan”.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,

Pada hari ini, darjat kehidupan manusia terdiri daripada pelbagai golongan iaitu golongan kaya, golongan pertengahan, golongan miskin dan golongan yang terpinggir. Berdasarkan pemerhatian mimbar, sudah menjadi adat kehidupan golongan yang berpendapatan tinggi dan berpangkat mendapat sanjungan, penghormatan dan di pandang hebat oleh masyarakat. Oleh itu untuk mengejar nilai kehidupan, ada di kalangan mereka sanggup merasuah dan membeli gelaran-gelaran tertentu. Kadang kala golongan ini yang dilihat mempunyai harga diri yang tinggi sebenarnya mempunyai ruang terbuka luas mengumpul kekayaan dan maju ke hadapan secara tidak sah.

Adapun golongan miskin dan terpinggir pula kelihatan kurang mendapat sanjungan sebagaimana yang diperolehi golongan kaya atau atasan. Manakala golongan bawahan sering mendapat laluan sukar dan terpaksa berhempas pulas mencari kesenangan hidup. Ini adalah lumrah kehidupan. Persoalan besar timbul ialah apakah perbezaan taraf hidup itu menentukan harga atau nilai kehidupan manusia.

Kita sering mendengar, malah dipaparkan dalam media massa mengenai kisah-kisah sedih penganiayaan, penzaliman, perhambaan terhadap golongan bawahan seperti amah atau pembantu rumah. Ini adalah salah satu contoh harga atau nilai hidup yang dialami golongan bawahan atau miskin dalam usaha mencari rezeki halal dan sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan. Mimbar amat sedih, golongan yang mempercayai diri yang bernilai tinggi bersikap sombong dan bongkak sanggup melakukan kezaliman tanpa alasan yang benar.

Firman Allah SWT dalam surah asy-Syura ayat 42:

Maksudnya: “Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang yang beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”


Sidang Jumaat Dan Umat Islam Yang Dikasihi Sekalian,

Sekali imbas, dunia dirasakan tidak selamat kerana golongan yang kuat menindas yang lemah dan terdapat golongan yang kaya tamak haloba memburu kekayaan sama ada secara sah atau rasuah. Laporan dan pendedahan terbaru Ketua Audit Negara mengenai penggunaan wang rakyat membuktikan bahawa terdapat pihak-pihak tertentu menunggu peluang untuk menyalahguna dan mengaut keuntungan daripada wang rakyat.

Mimbar ingin mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian apakah ini nilai atau harga sebenar dalam kehidupan kita?. Hakikatnya, Allah SWT telah banyak memberikan kita kesempatan iaitu sejak dilahirkan sehingga saat ini. Allah telah memberikan kita segala-galanya tanpa kita pinta. Tetapi jarang kita mensyukurinya kerana sesetengah dari kita merasakan itu adalah hasil jerih payah dan penat lelah kita sendiri.

Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya:
“ Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi dianggap sebagai kaufur nikmat.”( Hadtih Riwayat At-Tabrani)


Kita bertanggungjawab dan perlu bersifat amanah sepenuhnya terhadap kehidupan manusia atau nasib diri kita sendiri. Mimbar percaya terdapat dua langkah meningkatkan nilai dan harga diri kita. Langkah pertama adalah dengan mengenali dan mengembangkan potensi yang ada di dalam diri kita sendiri. Langkah kedua adalah dengan memahami matlamat hidup kita di dunia ini supaya segala amalan yang kita lakukan lebih terarah dan selari dengan kehendak hukum syarak.
Mimbar ingin mengingatkan bahawa kadang kala sifat khianat dan perbuatan buruk menjatuhkan integriti dan harga diri manusia. Sifat khianat ini biasanya wujud pada golongan yang kurang nilai keimanannya. Lebih jelas lagi, sifat khianat ini merupakan antara ciri-ciri orang munafik yang disifatkan sebagai orang yang melanggar janjinya dan menodai kepercayaan yang tersemat dalam jiwanya. Malah Allah SWT telah melabelkan orang yang khianat itu sebagai sejahat-jahat makhluk yang amat dimurkai Allah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 55-56:

Maksudnya: “ Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi Allah ialah orang yang kafir, sebab itu mereka tidak (mahu) beriman. Iaitu orang yang kamu telah ikat perjanjian dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian pada setiap kali, sedang mereka tidak takut (akibatnya).”


Berdasarkan ayat di atas tadi, jelas di sini bahawa sifat khianat merupakan sifat yang amat keji dan dimurkai di sisi Allah. Ini kerana sifat tersebut amat merbahaya jika dibiarkan merebak dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Akibat sifat keji tersebut bukan hanya menimpa pada orang yang melakukan khianat, malah ia turut memberi kesan yang buruk kepada orang yang dikhianatinya dan masyarakat sekelilingnya.

Sidang Jumaat Dan Umat Islam Yang Dikasihi Sekalian,

Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru sidang Jumaat dan umat Islam sekalian bahawa harga dan nilai sebenar kemuliaan seseorang tidak terletak pada taraf kekayaan atau kebesaran pangkat seseorang. Nilai dan harga diri yang berdasarkan kekayaan atau pangkat adalah sementara sahaja. Bagaimanapun dalam Islam harga diri adalah berdasarkan ketakwaan dan keimanan seseorang. Sifat ketakwaan ini akan menentukan nilai dan harga diri seseorang itu mulia di sisi masyarakat dan Allah SWT sepanjang masa.

Rasulullah SAW pernah menegaskan dengan sabdanya yang bermaksud:
“ Tidak mungkin berkumpul iman dan kufur dalam jiwa seseorang, dan juga tidak mungkin pula bersatu sifat jujur dan dusta padanya sekali gus sebagaimana tidak mungkin bersama sifat khianat dan amanah padanya dalam satu masa.” (Hadith Riwayat Ahmad).


Kesimpulannya, sifat ketakwaan dan keimanan wajib dihiaskan dalam setiap peribadi muslim, terutamanya para pemimpin, ketua jabatan, pekerja, ibu bapa dan anak-anak. Dengan itu, diharapkan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik dan dapat memacu kecemerlangan dan menjamin kesejahteraan hidup di dunia. Sebaliknya jika sifat khianat yang menjadi budaya, maka ia adalah isyarat berbahaya yang hanya mengundang masyarakat dan bangsa ke arah kehancuran dan kebinasaan.

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al-Qur'an) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu melalui wahyu-Nya; dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang yang khianat.” (an-Nisa:105)

petikan khutbah jumaat-JAKIM
06 November 2009

Friday, November 6, 2009

FOLIO MASJID KAMPUNG PAUH TERACHI

TAKLIMAT
NAZIR
MASJID KARIAH KG. PAUH
http://masjidkampongpauhterachi.blogspot,com
SEMPENA LAWATAN JAWATANKUASA PEMILIHAN PERTANDINGAN MASJID KUALA PILAH
TAHUN 1430 H BERSAMAAN TAHUN 2009 MUHARRAM
PADA: 28/10/2009 MASA: 9.00 PAGI
TEMPAT: BILIK GERAKAN MASJID KARIAH KG. PAUH, TERACHI KUALA PILAH


1. OBJEKTIF TAKLIMAT

Objektif taklimat ini adalah untuk memberi gambaran serta maklumat sebenar perjalanan dan aktiviti Masjid Kariah Kg. Pauh.
2. KANDUNGAN TAKLIMAT

Takimat ini merangkumi aspek pentadbiran, aktiviti, perancangan dan kewangan Masjid Kariah Kg. Pauh sepanjang tahun 2008 dan tahun 2009.

3. MAKLUMAT ASAS

3.1 Masjid Kariah Kg. Pauh ditadbir oleh Ahli Jawatankuasa Masjid yang diketuai oleh Nazir Masjid dan 13 Ahli Jawatankuasa yang dilantik pada Mesyuarat Agong Masjid Tahun 2007. Bagi melicinkan pentadbiran dan memberi peluang kepada ahli-ahli kariah menyertai pengurusan dan pentadbiran masjid, Nazir telah melantik 2 Ahli Jawatankuasa Tambahan bagi 2 wanita dan 1 belia.

Nazir : Hj. Maradzi b. Ismail
Setiausaha : Hj. Mohd Shah b. Ipit
Bendahari : En. Mohd. Ali b. Taib
Ahli Jawatankuasa :
1. En. Ahmad bin Awaluddin
2. En. Karim b. Sidek
3. En. Rahman b. Malek
4. En. Johan b. Ujang
5. En. Kamarudin b. Md. Nor
6. En. Zakaria b. Sulaiman
7. Dato’ Nata Kamaruddin b. Karim
8. En. Ismail b. Mohamad
9. Edi Haris b. Sharif
10. Pn. Hjh. Mariam bt. Daud
11. Pn. Hjh. Napisah bt. Taam
Pegawai Masjid :
1. Imam - 1. Tn. Hj. Harun b. Idris
Imam- 2 Tn. Hj. Maradzi bin Ismail
Imam -3 En. Mohamad Sufian b. Hj. Maradzi
2. Bilal- En. Mohd. Ali b. Taib
3. Siak - En. Karim b. Dewan
4. Siak Wanita - Pn. Hjh. Mariam bt. Daud

Pemeriksa Kira-Kira :
1. En. Darus b. Md. Isa
2. En. Kamarudin b. Md. Dom

3.2 Bagi melicinkan pentadbiran agama Kariah Masjid Kg. Pauh, Jabatan Dato’ Mufti telah melantik 6 pegawai yang terdiri daripada 3 Imam, 1 Bilal, 1 Siak lelaki dan 1 Siak wanita.
3.3 Sebanyak 7 Biro telah ditubuhkan dan bertanggungjawab pada Nazir
serta berusaha menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan, ekonomi dan pembangunan Masjid Kariah Kg. Pauh iaitu:-

1. Biro Pembangunan - Hj. Maradzi b. Ismail
2. Biro Penyelidikan - En. Ahmad b. Awaludin
3. Biro Agama & Dakwah - Hj. Mohd. Shah b. Ipit
4. Biro Ekonomi - En. Ismail b. Mohamad
5. Biro Kebajikan - En. Harun bin Idris
6. Biro Pendidikan & Perpustakaan - Pn. Hjh. Napisah bt. Taam
7. Biro Wanita - Pn. Hjh. Mariam bt. Ahmad
8. Biro Belia - En. Edi Haris b. Sharif

4. AKTIVITI MASJID KARIAH KG. PAUH

4.1 Sembahyang 5 Waktu

Alhamdullilah,berjalan dengan baik dan sembahyang sujud sejadah yang diimamkan oleh Ustaz Muhamad Sufian pada tiap-tiap pagi Jumaat mendapat sambutan yang cukup baik.

4.2 Takmir Masjid

Bermula tahun 2008 kelas takmir berjalan tiap-tiap minggu dengan 2 orang guru, seorang guru mengajar 2 kali sebulan. Guru-guru yang terlibat ialah Ustaz Jailani bin Sulong dan Ustaz Abd. Hamid.

4.3 Kelas Fardhu Ain

Kelas ini berjalan selepas waktu Maghrib dan Kuliah Subuh. Kelas ini dibiayai sendiri oleh masjid. Ustaz yang terlibat antaranya:-
1. Ustaz Arshad - 1 kali sebulan selepas Maghrib
2. Ustaz Abu Zaki - 1 kali sebulan selepas Maghrib
3. Ustaz Nasarudin - 1 kali sebulan selepas Maghrib dan Subuh
4. Ustaz Hamid - 1 kali sebulan selepas Subuh
5. Ustazah Mahanum - 2 kali sebulan utk wanita setiap petang Selasa
6. Ustaz Muhamad Sufian - 2 kali sebulan utk Tahsin Al-Quran
7. Ustaz Raman b Ibrahim - 1 kali sebulan utk Kuliah Subuh
8. Ustaz Kamal - 1 kali sebulan utk Kuliah Maghrib

4.4 Ceramah Umum

Alhamdullilah Masjid Kariah Kg. Pauh aktif mengadakan ceramah bulanan berbentuk umum untuk masyarakat kariah dan luar kariah dan semua perbelanjaan dibiayai oleh masjid sendiri. Antara penceramah yang diundang ialah:-
1. Ustaz Muhamad
2. Ustaz Sheikh Muhamad Fuad b. Kamaruddin
3. Ustaz Mohd Jusof
4. Ustaz Syeikh Murtadha (Dato’ Mufti)
5. Ustaz Zaidi b. Ramli

4.5 Kelas Berzanji

Berjalan 2 kali sebulan dan diajar oleh Ustaz Rashid bin Othman dan dibiayai oleh masjid.

4.6 Bacaan Yassin

Berjalan tiap-tiap malam Jumaat.

4.7 Fidyah Khatam Al-Quran Untuk Saudara Mara Yang Meninggal

Program ini bermula tahun 1998. Bagi tahun 2008 seramai 80 orang ahli kariah telah menyertai program ini. Bayaran sekali Khatam RM10.00. Pada tahun 2008 seramai 120 orang telah menyertai program yang mana diusahakan oleh Kumpulan Hafiz dan Kariah di Seremban dan 45 peserta menyertai program di Kedah.


4.8 Program Tadarus Al-Quran Dan Ramadhan

Program ini bermula 14 tahun yang lalu dan Masjid Kariah Kg. Pauh sentiasa menghantar wakil-wakil belia menyertai program ini diperingkat Daerah dan Negeri.

4.9 Meraikan Jemaah Haji

Diadakan pada tiap-tiap tahun dan tahun 2008 masjid memanggil YB Dun menyampaikan cenderahati untuk bakal-bakal Haji/ Hajjah dan majlis diadakan bersama jamuan sambutan Hari Raya Puasa dan diadakan di Balai Raya Kg. Terachi.

4.10 Bacaan Yassin Wanita

Program ini diuruskan oleh Kumpulan Yassin Wanita dan berjalan sebulan sekali pada tiap-tiap petang Jumaat

4.11 Takbir Hari Raya

Takbir ini bejalan pada malam Raya Aidil Fitri dan malam Raya Aidil Adha.
Sambutan sangat menggalakan. Pada malam Aidil Fitri program terbuka pada semua ahli-ahli kariah dan pada malam Aidil Adha diuruskan oleh belia

4.12 Aktiviti Lain

- Bersama dengan Jemaah Nazir Masjid mengatur program untuk belia, ceramah umum, seminar muazzin dan kursus jenazah.
- Bersama-sama dengan Unit Bina Insan Daerah Kuala Pilah mengadakan kursus jenzah dan lain-lain.
- Menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Daerah Kuala Pilah dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.

4.13 Gotong- royong

Mebersihkan persekitaran Masjid dan menebas tanah perkuburan sentiasa diadakan mengikut keperluan

4.14 Perayaan-Perayaan Islam

Sentiasa diadakan antaranya:-
1. Awal Muharram/ Maal Hijrah
2. Israk Mikraj
3. Maulidurasul S.A.W
4. Ashura
5. Nisfu Sa’aban

4.15 Derma Pelajaran dan Anak Yatim

- Derma pelajaran dikhaskan untuk pelajar-pelajar UPSR mendapat 5A sebagai dorongan pada anak-anak ahli kariah meneruskan pelajaran dengan lebih cemerlang.
- Pada tahun 2008 Masjid telah memberi sumbangan kepada 2 pelajar yang mendapat keputusan terbaik dalam SPM.
- Derma anak-anak yatim diberi apabila menjelang Hari Raya dan 5 orang penerima tahun 2008
- Derma anak yatim ini akan diteruskan tahun ini dalam bentuk yang lain.

4.16 FORUM PERDANA
Tarikh : 12/6/2009
Anjuran : Masjid Bersama RISDA N.S. Timur
A) Forum 1
Tajuk : Imam Makrifat Alam Sarjana
Masa : 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari
Ahli Panel :-
1. Dr. Zulkefli b. Mohd Al. Bakri
2. Ustaz Mohd. Faizal b. Hj. Abdul Manaf

B) Forum 2
Tajuk : Falsafah Fakeh Kalifah Saka
Masa : 2.00 petang sehingga 5.00 petang
Ahli Panel :-
1. Ustaz Hj. Solehin b. Hj. Safuan
2. Dato’ Zainal Abidin b. Sakom
B) Forum 3
Tajuk : Mencari Kebenaran
Masa : 8.00 malam sehingga 11.00 malam
Ahli Panel :-
3. Ustaz Zaidi b. Ramli
4. Ustaz Roslan b. Razak

5. KEMUDAHAN YANG ADA DI MASJID KARIAH KG. PAUH

1. Bilik Gerakan/ Mesyuarat
2. Bilik Perpustakaan
3. Tandas
4. Dewan Makan
5. Dapur
6. TV
7. Video
8. Kerusi/ Khemah
9. APD Bergerak
10. Bilik Imam
11. Wakaf
12. Perkakas Kenduri
13. Perkakas Jenazah
14. Pam Air Letrik (Bumi)

6. PROGRAM EKONOMI

Antara sumber pendapatan masjid ialah:-
1. Kutipan Hari Jumaat
2. Derma Orang Ramai
3. Sewaan Kanopi/ Khemah
4. Sewa ADP
5. Derma Malam Jumaat
6. Kutipan Hari Raya
7. Sumbangan Tanah Wakaf
8. Sumbangan MID
9. Sewa 2 buah Van Masjid


7. TANAH WAKAF


Dibawah pentadbiran Masjid Kariah Kg. Pauh ada 5 buah tanah wakaf, kelima-lima tanah ini terletak di :-
1. Tanah Wakaf Kg. Kundangan
2. Tanah Wakaf Kg. Padang Lebar
3. Tanah Wakaf Terachi - di tutup
4. Tanah Wakaf Air Hitam - di tutup
5. Tanah Wakaf Baru di Kg. Air Hitam

8. MESYUARAT AJK

AJK Masjid telah menetapkan 4 bulan sekali diadakan mesyuarat disamping mesyuarat biro, mesyuarat khas diadakan mengikut keperluan semasa. Kehadiran sangat memuaskan.

9. DERMA

1. Anak Yatim – Menjelang Hari Raya
2. Pelajar Cemerlang UPSR, PMR dan SPM
3. Fakir Miskin

10. KHAIRAT KEMATIAN

- Masjid Kariah Kg. Pauh telah melancarkan program Khairat Kematian bagi kemudahan ahli-ahli semasa berlaku kematian.
- Yuran yang dikenakan ialah RM2.00 bagi pendaftaran dan RM1.00 akan dikutip bila ada Kematian.
-
11. PROJEK TERBARU

Bagi mengikuti perkembangan terbaru dunia dan dengan kemajuaan IT, kini pihak masjid telah mengorak langkah tanpa menoleh kebelakang demi sama-sama menerokai kemajuan IT maka pihak Masjid Kariah Kg. Pauh telah bejaya membina laman web sendiri melalui internet, iaitu http://masjidkampongpauhterachi.blogspot.com Mudah-mudahan usaha ini akan memberi kebaikan pada masyarakat setempat dan membolehkan seluruh warganegara Malaysia serta dunia mengikuti perkembangan Masjid Kg. Pauh.

RANCANGAN MASJID KARIAH KG. PAUH TAHUN 2010

A. PEMBANGUNAN ROHANI

1. Menambah Ceramah Bulanan
2. Menambah Kuliah Fardu Ain
- Tajjwid oleh Imam Masjid Tuanku Raden
3. Qiamullail
4. Majlis Zikir
5. Mengadakan Ceramah untuk Belia
6. Menubuhkan Unit Bina Insan ( Khusus Untuk Wanita )
7. Menghantar Pegawai- Pegawai Masjid dan Ahli Kariah yang berminat menyertai kursus-kursus di Pusat Dakwah Seremban
8. Bacaan Qullhu rumah-rumah AJK Masjid 2 minggu sekali setiap malam Ahad
9. Menghidupkan malam-malam akhir 10 Ramadhan dengan mengadakan bersahur secara beramai-ramai di Masjid.

B. PEMBANGUNAN LAHIRIAH

1. Membina atap poly carbonat di halaman Masjid
2. Membina menara Masjid,

PENUTUP

Masjid Kariah K.g. Pauh mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Agama Daerah Kuala Pilah kerana sentiasa mengambil berat akan perkembangan masjid-masjid di daerah ini. Moga-moga berkat kerjasama erat ini akan memberi ikthizam dan kesungguhan pada kami menjalankan tugas demi menjadikan masjid sebagai nadi pengerak ummmah kearah kecemerlangan.

Sekian, terima kasih.

Thursday, November 5, 2009

Haji Tamatuk,Qiran kena dam

MENUNAIKAN ibadat haji diwajibkan kepada individu Muslim sekali seumur hidup. Haji tidak hanya menjalani kursus serta membaca buku panduan semata-mata.Bagi mendapatkan haji terbaik, kita perlu ada inisiatif tersendiri seperti membuat kajian terperinci, berbincang dan menimba pengalaman dengan mereka yang pernah menunaikan haji.
Haji bukannya amalan ritual biasa yang bersifat fardu (individu) semata-mata namun ia berbentuk jamaie (berkumpulan). Di Tanah Suci, kita diuji dengan pelbagai cara seperti cabaran emosi bagi melihat keimanan hamba-Nya.Jemaah haji perlu memantapkan diri dengan ilmu sejarah nabi supaya penghayatan kita lebih kukuh di Makkah. Yang paling penting mereka perlu melengkapkan satu persatu rukun haji dan kegagalan mengerjakan salah satu daripadanya secara sengaja atau tidak akan menyebabkan terbatal hajinya.Antara rukun haji adalah niat, wukuf di Arafah, tawaf (rukun ini juga dikenali sebagai tawaf ifadah), saie, bercukur atau bergunting dan tertib.Selain itu, haji terbahagi kepada tiga jenis iaitu Haji Tamatuk, Haji Ifrad dan Haji Qiran yang berbeza setiap satunya.Haji Tamatuk bererti bersenang-senang iaitu mengerjakan umrah dahulu dalam bulan haji dan selepas selesai mengerjakan umrah mereka tidak terikat lagi dengan pantang larang ihram.Hanya apabila sampai waktu, barulah berihram untuk mengerjakan haji. Haji Tamatuk dikenakan dam iaitu menyembelih seekor kambing atau berpuasa 10 hari (tiga hari di Makkah dan tujuh hari di tanah air). Allah berfirman yang bermaksud: “Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa mengerjakan ibadah haji, (dia boleh melakukannya kemudian wajiblah dia menyembelih dam yang mudah didapati. Jika dia tidak dapat mengadakan (dam), hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing), semuanya itu sepuluh hari cukup sempurna.” (Surah al-Baqarah ayat 196).Dam yang dikenakan itu bukan merujuk kepada kesalahan tetapi ketetapan syarak. Haji Ifrad maknanya berasingan iaitu mengerjakan haji dan umrah secara berasingan di mana mengerjakan haji dahulu hingga selesai dan mengerjakan umrah dalam tahun itu atau dikerjakan umrah sebelum menjelang bulan haji. Jemaah perlu berniat di Miqat sebelum masuk ke Makkah (jika dari Malaysia naik kapal terbang Miqatnya di Qarnul Manazil) sebelum kapal terbang sampai di Jeddah. Haji Ifrad tidak dikenakan dam.Manakala Haji Qiran bererti bersama-sama, jadi ibadat haji dan umrah dikerjakan secara serentak dan haji jenis ini wajib dikenakan dam. Sewaktu di Miqat jemaah perlu berniat serentak haji dan umrah. Berhubung dengan kebolehan mengerjakan haji Qiran ini Rasulullah bersabda: Dari Ibnu Umar r.a berkata, bahawa Rasulullah bersabda: Sesiapa mengerjakan haji bersama umrah (Qiran) maka sah dia kerjakan satu tawaf dan satu saie sahaja untuk kedua-dua haji dan umrah itu,” (Riwayat Tarmizi). Perbezaan ketara dalam melakukan ketiga-tiga haji itu adalah, bagi cara Ifrad, umrah dilakukan di luar bulan haji sama ada dilaksanakan dahulu dalam tahun yang sama ataupun selepas bulan haji. Manakala bagi cara Tamatuk dan Qiran pula umrah dilakukan dalam bulan haji. Manakala dam yang disebutkan di atas adalah adalah darah sembelihan yang merujuk kepada binatang tertentu. Penggantinya adalah makanan atau puasa yang wajib ditunaikan oleh orang yang meninggalkan satu atau perkara wajib dalam ibadat (haji dan umrah) ataupun perkara yang dilarang semasa berihram atau melakukan Haji Tamatuk dan Qiran. Dam turut dikenali sebagai fidyah.Antara sebab-sebab seseorang dikenakan dam adalah:1. Meninggalkan perkara-perkara wajib haji dan umrah.2. Melakukan perkara-perkara yang dilarang sewaktu dalam ihram.3. Memilih Haji Tamatuk dan Qiran.4. Tidak dapat wukuf di Arafah.5. Tertegah (ihsar) perjalanan ke Makkah sedangkan seseorang itu sudah berihram.6. Meninggalkan tawaf wadak bagi mereka yang tidak uzur syar’ie.Syarat binatang yang boleh dijadikan dam adalah (berkaki empat ) seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri.
Oleh Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

Wednesday, November 4, 2009

Iktibar dari gempa di Sumatra pada 7 Oktober 2009


Kebetulan?
Gempa bumi di Padang 30 sept tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ]
gegaran ke2 jam 5. 58 pm [ atau jam 17: 58 ]
esoknya [1 Okt] jam 8.52 am gegaran susulan di Jambi
Kebetulan?

[ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat 16 ]
[ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat 58 ]
[ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat 52 ]


surah ke 17-al Israa‘
surah ke 8-al Anfaal
Kebetulan? (al-Isra’:16)

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها
فحق عليها القول فدمرناها تدميرا


“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, Kami perintahkan kpd org yg hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” al-Isra:16
Kebetulan? (al-Isra’:58)


و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا
“Tiada suatu negeri pun (yg derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dgn azab yg sgt keras. Yg demikian itu telah tertulis di dlm kitab (Lauh Mahfuz).”
Al Isra’: 58
Kebetulan? (al-Anfal:52)

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب
“(Keadaan mereka) serupa dgn keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta org sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.” Al Anfaal: 52
Gempa -rahmat utk mukmin, azab utk kafir
Anas mengunjungi Aisyah , di dlm majlis itu seorg lelaki bertanya: Wahai Ummu al-Mukminin, "ceritakan kpd kami ttg gempa bumi? Beliau berkata: Apabila perempuan menanggalkan pakaiannya di tpt selain dari rumah suaminya, terkoyaklah hijab (penddg dari azab) yg antaranya dan antara Allah. Apabila perempuan memakai bau-bauan bukan utk suaminya, baginya neraka dan kehinaan,.
Gempa -rahmat utk mukmin, azab utk kafir
.. apabila dihalalkan zina,meminum arak dan memukul alat muzik, Allah berfirman kpd bumi gegarkan mereka? Sekiranya mereka tak bertaubat dan meninggalkan maksiat, mereka dibinasakan dgnnya oleh Allah. Anas bertanya : Apakah itu hukuman terhadap mereka?". Aisyah menjawab: "ianya rahmat, keberkatan dan peringatan kpd org mukmin. ianya siksaan, kemurkaan dan azab ke atas org kafir
Binasa dgn sebab jahatnya manusia

Telah timbul kerosakan di daratan dan di lautan kerana perkara yg dikerjakan oleh tgn manusia, supaya dirasakan oleh mereka itu sebahagian dari akibat apa yg mereka kerjakan, semoga dgn itu mereka kembali (patuh kpd Allah)~ Rum: 41
Binasa dgn sebab jahatnya manusia
"Adakah kamu merasa aman dari Allah yg (kekuasaan-Nya) di langit dari menenggelamkan bumi bersama kamu,sehingga tiba-tiba bumi bergoncang atau adakah kamu merasa aman dari Allah yg (kekuasaan-Nya) di langit menghantarkan ke atas kamu angin kencang yg mengandungi batu, maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana peringatan (Azab)-Ku?
al-Mulk 16-17
Binasa dgn sebab jahatnya manusia
"Sesungguhnya ada sebahagian dari umatku yg akan meminum arak dan mereka menamakannya dgn nama lain (bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dgn bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah akan menenggelamkan mrk ke dlm bumi (dgn gempa bumi) dan akan menjadikan mereka spt kera dan babi’ Hadis riwayat Ibnu Majah
Tanda-tanda Qiamat
‘Sesungguhnya di antara tanda hampirnya hari Qiamat itu, berlaku byk kematian manusia secara mendadak’

~Thabrani


Tanda-tanda Qiamat
"Tidak akan dtg hari Qiamat sehinggalah berlakunya byk gempa bumi"~ Bukhari

"Sebelum berlakunya hari Qiamat, akan terdpt kematian yg amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"~ Ahmad

15 perkara jemput azab
"Apabila umatku melakukan 15 perkara, BALA pasti turun kpd mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar di klgn org tertentu shj
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dianggap cukai
4. Suami menurut kehendak isteri (dlm perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhakakan ibunya

15 perkara jemput azab
6. (anak tadi) sgt baik dgn kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri dari ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dlm masjid.
9. Yg menjadi ketua sesuatu kaum adalah org yg paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
15 perkara jemput azab
11. Arak diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera byk dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung-sanjung.
14. Muzik byk dimainkan/ didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat generasi awal (para sahabat terdahulu).
Maka pada ketika itu mereka tunggulah angin merah, GEMPA BUMI ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain" ~ Tirmidzi
10 tanda Qiamat
Drpd Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: Rasulullah dtg kpd kami saw. Pada waktu itu kami sdg berbincang. Baginda bersabda: ‘Apa yg kamu bincangkan?’ Kami menjawab: ‘Kami sdg berbincang ttg hari Qiamat’. Nabi saw. bersabda: "Tak akan terjadi hari Qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya 10 tanda-tandanya".
10 tanda Qiamat
Baginda menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, 3x gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yg ketiga di Semenanjung Arab, akhir sekali api yg keluar dari arah Yaman yg akan menghalau manusia kpd Pdg Mahsyar mereka".
Huraian ringkas:
Dukhan (asap) keluar dan akibatkan penyakit spt selsema di kalangan org beriman dan akan mematikan semua org kafir.
Dajjal membawa fitnah besar hingga ramai org terpedaya dgn seruannya.
Binatang besar keluar berhampiran Bukit Safa di Mekah yg akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kpd Allah swt.
Matahari terbit dari Barat.Saat itu Allah tak lagi terima iman org kafir dan tak terima taubat org yg berdosa.
Huraian ringkas:
Turunnya Nabi Isa ke bumi. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yg berdaulat pada masa itu, patahkan salib,bunuh Dajjal.
Keluarnya Ya'juj Ma'juj yg buat rosak di bumi
Gempa bumi di Timur.
Gempa bumi di Barat.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.
Api besar halau manusia menuju ke Pdg Mahsyar. Api itu bermula dari arah Yaman.

Di tgh-tgh negara Saudi terdpt satu garisan “fault” yg berpotensi utk berlaku gerak gempa yg para geologis memanggil garisan itu dgn nama- Najd Fault System. Malah satu letupan gunung berapi pernah tercatat pd kurun 13M. Gegaran terakhir dikesan dari “fault-line” ini pada tahun 1999

Pendapat Ibn Hajar (Fath al-Bari):
“Apa yg dpt dirajihkan dari himpunan hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yg mendahului segala petanda besar yg mengakibatkan perubahan besar berlaku di bumi ini. Keadaan itu disudahi dgn kematian Nabi Isa (setelah turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tpt tenggelamnya adalah permulaan tanda qiamat besar yg akan merosakkan sistem alam cakerawala. Kejadian ini disudahi dgn terjadinya peristiwa qiamat yg dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yg disebutkan itu terjadi di hari yg matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.