Monday, November 26, 2012

Memasak Bubur Assyura 10 Muharram







Alhamdulillah, wa syukru lillah..Masjid Kariah Kampung Pauh dapat memasak satu periuk besar bubur as-syura sempena menyambut tarikh 10 Muharram pada tahun hijriah ini. Selepas Zohor, ahli kariah bergotong-royong memasak bubur ini sehingga waktu Asar. Selepas solat Asar, jemaah yang hadir sama-sama menikmati bubur dan dibungkus untuk diedarkan kepada penduduk kampung.

Wednesday, October 3, 2012

Sekitar Aktiviti Kariah Masjid: Tahlil Arwah di rumah Ketua Kampung Terachi




Pemilihan Masjid Contoh Peringkat Daerah Kuala Pilah

Panel hakim sedang meneliti laporan taklimat

Terima kasih Penghulu Mukim yang turut hadir memberi sokongan

Tuan Nazir memulakan taklimat 


Pada 28 September 2012 yang lalu, Masjid Kariah Kg. Pauh Terachi telah menerima lawatan empat orang panel hakim untuk Anugerah Masjid Contoh Tahun 2012M / 1433H Peringkat Daerah Kuala Pilah. Masjid ini di antara empat buah masjid di dalam DUN Seri Menanti yang dipilih mewakili DUN untuk pertandingan di peringkat negeri. Terima kasih diucapkan kepada panel hakim yang sudi melawat ke masjid kariah ini. Sesungguhnya pertandingan ini bukanlah untuk mengharapkan ganjaran material semata-mata, tetapi untuk mewujudkan persaingan yang sihat di antara masjid-masjid dalam menjalankan program-program yang bermanfaat kepada ahli kariah. Pihak kariah masjid juga ingin merakamkan terima kasih di atas kehadiran Penghulu Mukim Dun Seri Menanti untuk memberi sokongan kepada masjid dalam pemilihan ini. Semoga masjid ini berjaya mencapai kejayaan dalam pertandingan ini seterusnya mewakili daerah ke peringkat negeri. InsyaAllah. 

Saturday, September 15, 2012

Orang-Orang Yang Didoakan Malaikat


Orang-Orang Yang Didoakan Malaikat





 Insya Allah berikut inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci".

(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar.ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu shalat.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'"

(Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Muslim no. 469)

3. Orang - orang yang berada di shaf barisan depan di dalam shalat berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan"

(Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang - orang yang menyambung shaf pada sholat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf).

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf"

(Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.

Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu".(Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat. 
Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu bershalawat ( berdoa ) kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'"

(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

7. Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan 'ashar secara berjama'ah.

Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'"

(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'"

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang - orang yang berinfak.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit'"

(Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat (berdoa ) kepada orang - orang yang sedang makan sahur" Insya Allah termasuk disaat sahur untuk puasa "sunnah"

(Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh"

(Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar,"Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain"

(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Sumber Tulisan Oleh :

Syaikh Dr. Fadhl Ilahi (Orang -orang yang Didoakan Malaikat, Pustaka Ibnu Katsir,

Friday, August 24, 2012

Keberangkatan DYMM Tuanku Muhriz ke Masjid Kariah Kg. Pauh Terachi untuk Solat Jumaat

Tuanku Muhriz menandatangani buku pelawat masjid

Mengedarka duit raya kepada kanak-kanak


Keberangkatan pulang DYMM Tuanku Muhriz


Saturday, August 18, 2012

Salam Eidulfitri Kepada Semua

Pegawai dan AJK Masjid Kariah Kampung Pauh Terachi ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

kepada

SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA
SEMOGA ALLAH SWT MENERIMA AMALAN-AMALAN KAMI DAN KALIAN SEMUA, AMEEN..

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433H / 2012M

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1433H

dari 

PEGAWAI DAN AJK MASJID
SEMOGA BEROLEH RAMADHAN YANG TERBAIK, AMEEN

Sunday, June 17, 2012

Kuliah Takmir: Ustaz Daud Bin Abdul Razak, Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman


Ustaz Daud dan Tuan Nazir


Ketua Kampung, En. Kamarudin dan Hj. Johan


En. Riduan dan En. Karim

Suatu Perkara Besar

PERJALANAN ROH MANUSIA
HADITH PERTAMA
Dari Kitab An Naso ihud diniyyatu wal wasoyal imaniyyatu (Nasihat Agama dan Wasiat Iman).
Oleh Imam Habib Abdullah Haddad.


Hadith di bawah ini dicatat oleh Al-Hafizh As-Sayuthi rahimahullah di dalam kitabnya Syarhus-Shudur,
yang menurutnya telah dikeluarkan oleh Ibnu Abid-Dunya dan Abu Nu’aim.


Daripada Jabir bin Abdullah ra berkata: “Saya pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya anak adam itu sentiasa dalam lalai tentang apa yang dijadikan Allah baginya. Sessungguhnya ketika ia dicipta oleh Tuhan, berkata Tuhan kepada malaikat: catitkanlah rezekinya! catitkanlah jalan hidupnya! catitkanlah ajalnya! catitkanlah sama ada kesudahannya celaka atau bahagia! Sesudah menjalankan tugas Malaikat itu pun kembali.
Kemudian ditugaskan dua malaikat pula untuk menuliskan semua kebajikan dan kejahatan orang itu seumur hidupnya. Apabila ia menemui ajalnya (mati), kedua malaikat tadi pun berangkat kembali.
Lalu ditugaskan Allah Malakul-Maut (Izrail) untuk mengambil nyawanya. Setelah selesai dikuburkan, rohnya dikembalikan ke jasad. Ketika itu tibalah dua malaikat lain (Mungkar dan Nakir) untuk menyoalnya. Setelah selesai di soal, keduanya pun kembalilah.
Apabila tiba saat (hari kiamat) masing-masing malaikat yang menulis kebajikan dan yang menulis kejahatan itu turun semula dengan sebuah buku catitan, lalu buku catitan itu digantungkan di leher orang itu, sambil keduanya mengiring orang itu, yang satu sebagai pemimpin dan yang stau lagi sebagai penyaksi.
Kemudian Rasulullah saw bersabda lagi: Sesungguhnya suatu perkara besar sedang menanti kamu di hari muka, yang mana kamu tiada langsung tertanggung olehnya, maka hendaklah kamu memohon pertolongan Allah yang Maha Agung.”

Gambar-gambar Projek Tanaman Nanas dan Durian Belanda di Tanah Wakaf Masjid








Thursday, June 14, 2012

Sambutan Israk dan Mikraj, 22 Jun 2012 (Jumaat)



InsyaALLAH, masjid ini akan mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj 1433H pada 22 Jun 2012 (Jumaat). Penceramah yang akan menyampaikan ceramah Israk dan Mikraj pada kali ini ialah Ustaz Shamsul Bahari, Pegawai JASA Negeri Sembilan. Di jemput seluruh ahli kariah dan masyarakat sekitarnya untuk bersama-sama menyambutnya dengan rasa kesyukuran dan keinsafan di mana peristiwa yang dialami oleh Baginda Nabi Muhammad SAW ini mengandungi pelbagai hikmah untuk kita hayati.

Saturday, May 19, 2012

Kursus Ahli Koperasi Masjid

Para Ahli Kariah sedang mendengar maklumat yang disampaikan


Ustaz Hamid, salah seorang ALK

Tuan Bendahari Koperasi sedang mengutip syer saham

En. Badrol, Wakil ANGKASA menyampaikan slot kursusnya


Nazir Masjid, Hj. Maradzi Bersama Dato' Hj. Aliasak

Koperasi Kariah Masjid Kg. Pauh Terachi Kuala Pilah Berhad selesai mengadakan Kursus Asas Koperasi pada 9 Mei 2012 yang lalu. Alhamdulillah, sambutan yang diterima daripada ahli kariah sangat menggalakkan di mana kehadiran yang dicatatkan sebanyak 85 orang. Permohonan menjadi ahli koperasi daripada keluarga ahli kariah juga masih diterima dan akan dibawa ke mesyuarat ahli lembaga koperasi. Terima kasih diucapkan kepada Dato' Hj. Aliasak Hj. Ambia, ANGKASA N9 dan En. Badrol daripada ibu pejabat ANGKASA kerana sudi menyampaikan ceramah dalam kursus ini. Semoga dengan kursus ini, ahli koperasi masjid dapat  memperoleh ilmu dan maklumat mengenai asas pengurusan koperasi seterusnya bersama-sama membangunkan koperasi ini. InsyaALLAH..