Friday, October 22, 2010

RAKYAT DIDAHULUKAN

“RAKYAT DIDAHULUKAN ”
(22 OKTOBER 2010 /14 ZULKAEDAH 1431H)
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan ketakwaan yang bertanggungjawab melaksanakan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, yang membawa kita melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada hari Jumaat dan di atas masjid yang suci ini, memacu kita membentuk insan soleh, insan contoh yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah: “RAKYAT DIDAHULUKAN ”.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Pemerintah atau Pemimpin negara merupakan barisan tertinggi dalam sesebuah negara. Pemerintah bertanggungjawab dan diberi amanah membimbing, mendidik, menjaga kemaslahatan dan kebaikan kehidupan rakyatnya dari segi kehidupan beragama, politik, ekonomi serta sosial.
Rakyat sebagaimana kepimpinan negara juga mempunyai kewajipan tertentu. Secara umum kewajipan rakyat adalah taat dan membantu pemerintah selagi kepimpinan negara tidak menyuruh melakukan maksiat kepada Allah. Dengan demikian apabila pemerintah dan rakyat melaksanakan tanggungjawab, amanah dan hak masing-masing dengan adil, maka kesempurnaan hubungan baik di antara kedua-dua pihak dapat dikekalkan.
Negara yang dikatakan baik ialah negara yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut, Pertama: Sentiasa berada dalam keampunan, lindungan dan pertolongan Allah SWT dari sebarang bentuk ancaman dalaman mahupun luaran, Kedua: Sentiasa dilimpah kurnia rezeki oleh Allah SWT dimana kurniaan tersebut dapat dinikmati oleh rakyat secara adil dan saksama dan Ketiga : Negara sentiasa berada dalam keadaan aman, damai dan suasana penuh harmoni, hasil dari kerjasama antara pemerintah dan rakyat kerana masing-masing memikul tanggungjawab menjaga, membangun dan memakmurkan negara selari dengan ajaran Islam.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Bagaimanapun berdasarkan pemerhatian mimbar soal pengurusan harta dan kekayaan negara sering menjadi perbincangan utama di antara pemerintah dan rakyat kerana ia melibatkan urusan kemaslahatan dan kebajikan rakyat. Berdasarkan kedudukan harta negara inilah maka rakyat yang menjadi kumpulan terbesar dalam sesebuah negara, amat mengharapkan kepada kepimpinan negara agar dapat menaikkan taraf hidup, membantu mengeluarkan mereka dari penderitaan hidup dan menolong menyediakan tempat kediaman yang selesa untuk kediaman keluarga. Besar dan tinggi harapan rakyat kepada pemerintah, maka Islam memandang berat hubungan pemerintah dengan rakyatnya.
Pengurusan harta menjadi tumpuan setiap pihak kerana harta merupakan khazanah Allah untuk kegunaan manusia sejagat. Harta menjadi perhiasan hidup yang perlu diwaspada kerana walaupun dengan harta boleh meningkatkan ketakwaan seseorang. Harta juga boleh membawa seseorang itu ke lembah kebinasaan. Dengan harta manusia itu akan menjadi buta mata hatinya yang menyebabkan hilang pedoman hidup, menjejaskan integriti dan menjadi fitnah dalam kehidupan dirinya. Firman Allah SWT dalam surah at-Taghabun ayat 15:

Maksudnya: “Sesunggguhnya harta-benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan disisi Allah jualah pahala yang besar.

Islam menyeru umatnya mengurus harta secara bijak dan berhemah. Langkah mengurus harta secara berhemah dan berkesan dapat membimbing kita ke arah matlamat yang diidamkan dan membuktikan penghargaan kita kepada pemerintah selain menjamin keselamatan diri daripada kefakiran dan kekufuran. Oleh itu mimbar menyeru berbelanjalah mengikut keutamaan, kemampuan dan janganlah membazir serta kawal nafsu agar tidak berbelanja berlebihan dan sentiasa bersederhana.Sabda Rasulullah SAW:

Bermaksud : " Hai anak adam! Jika engkau memberi kelebihanmu, maka aku akan lebih baik untukmu, maka jika engkau menahannya akan berbahaya bagimu, Engkau tidak akan tercela dengan kesederhanaanmu. "(Riwayat Muslim)

Sifat boros dan membazir adalah ciri-ciri kekufuran hamba kepada Allah SWT. kita perlu mengawal keinginan nafsu supaya tidak boros. Tindakan mengawal nafsu ini boleh dikategorikan sebagai jihad paling utama masa kini kerana kemewahan boleh menjadikan seseorang itu lalai dan menjadi kufur nikmat. Kita mengakui wang dan harta amat diperlukan bagi menampung keperluan keluarga, masyarakat dan negara. Namun, Islam menetapkan hanya pengumpulan harta yang bersih sahaja di kira sebagai ibadah dan beroleh pahala. Selain dari itu akan mendatangkan bencana dan dosa di sisi Allah SWT.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Bagi memastikan harta diagih secara adil dan saksama maka menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskannya dan memastikan setiap harta itu dapat memberi manafaat kepada rakyat demi keselesaan serta kesejahteraan. Firman Allah SWT dalam surat al-Hadid ayat 7:
Maksudnya: “Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah sebahagian dari harta benda yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu); mereka tetap beroleh pahala yang besar.

Sebagai menunaikan tanggungjawab agihan kekayaan negara, maka Kerajaan telah menyediakan Bajet Negara 2011 sebanyak RM191.5 bilion. Dari jumlah ini RM138.3 bilion atau 72.2% diperuntukkan untuk belanja mengurus. Manakala RM 53.2 bilion atau 27.8% dibelanjakan untuk aktiviti pembangunan. Dalam bidang pendidikan misalnya kerajaan telah mengambil berat dengan memberi peruntukan RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran dan RM10.2 bilion untuk Kementerian Pengajian Tinggi. Iltizam kerajaan bagi memartabatkan pembinaan modal insan cemerlang terutama melalui pendidikan formal agama terserlah, apabila mencadangkan peruntukan sebanyak RM95 juta sebagai bantuan perkapita pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat di peringkat sekolah dan menengah. Ini merupakan satu rahmat berganda kepada bidang pendidikan agama.
Berdasarkan kepada kesungguhan kerajaan dalam bidang pendidikan ini maka mimbar menyeru umat Islam dan ibu bapa sekalian, marilah sama-sama kita memperkasakan pendidikan anak-anak dengan memperuntukan pembelanjaan yang sewajarnya seperti menyediakan insuran pendidikan atau tabung pendidikan sendiri demi masa depan anak-anak kita malah sistem perbankan Islam juga menyediakan kemudahan tertentu untuk tabung pendidikan. Umat Islam perlu mencontohi kemajuan kaum-kaum yang lain dalam menyediakan simpanan khusus untuk kepentingan pendidikan anak-anak. Kerajaan juga prihatin dengan golongan kurang bernasib baik dengan memberi peruntukan RM1.2 bilion bagi mengatasi keluh resah dan kesukaran hidup yang dihadapinya.
Bajet 2011 juga mengambil berat tentang memperkasakan sistem perbankan Islam dan pusat pengeluaran produk halal di negara ini dalam usaha ke arah membebaskan secara beransur-ansur sistem riba. Mimbar amat yakin bahawa dalam kerajaan menyusun dan mengurus harta rakyat ini ianya dilaksanakan berdasarkan semangat Islam yang berpandukan panduan prinsip al-adl wal ihsan iaitu menghayati semangat keadilan dan muafakat di samping prinsip tidak memudaratkan.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sempena pembentangan Bajet 2011, maka mimbar ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan terutamanya Perdana Menteri kerana telah menaikkan elaun Imam rakyat, Imam sukarela yang bertugas di masjid-masjid mukim/masjid di luar bandar dengan menaikkan elaun dari RM450 kepada RM750 sebulan yang melibatkan Imam seramai 14,252 orang di seluruh negara. Elaun guru-guru KAFA juga dinaikan daripada RM500 kepada RM800 sebulan yang melibatkan guru KAFA seramai 33,664 orang juga di seluruh negara. Komitmen baru kerajaan ini adalah sebagai salah satu cara untuk menyatakan penghargaan di atas jasa dan bakti para Imam dan guru KAFA dalam memimpin, mendidik dan membentuk masyarakat ummah di sekitar mereka.
Mimbar berkeyakinan penuh bahawa penambahan elaun ini akan meningkatkan lagi motivasi Imam dan guru agama dalam pengimarahan masjid dan pendidikan fardu ain, pengajian al-Quran kepada anak-anak kita. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat 7:
Bermaksud : " Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya dari harta penduduk negeri dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan Rasulullah, dan bagi kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin serta orang musafir. Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang kaya dari kalangan kamu. "

Saturday, October 16, 2010

TETAMU MASJID

“TETAMU MASJID”
(15 OKTOBER 2010 / 7 ZULKAEDAH 1431H)

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang berkat dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “TETAMU MASJID ”

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Pada asalnya masjid adalah tempat sujud, rumah Allah SWT. Tetamu yang datang mengunjungi masjid adalah mereka yang sanggup mengabdikan diri kepada Allah yang maha berkuasa dengan berjanji akan menjadi hamba Allah yang sentiasa taat kepada perintah-Nya. Masjid adalah salah satu daripada tanda wujudnya umat Islam di suatu tempat di muka bumi ini, kerana disinilah tempat pertemuan dan merupakan salah satu tanda perpaduan umat Islam. Disinilah juga wujudnya orang-orang yang bertakwa dan bersaudara. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 18:

Maksudnya: “Hanyasanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”

Masjid tidaklah dapat disamakan dengan tempat-tempat lain seperti rumah-rumah persendirian, gedung-gedung perniagaan atau pasar kerana tempat yang suci lagi mulia ini menjadi tempat orang Islam melakukan ibadah kepada Allah SWT. Ia juga adalah tempat kebajikan yang penuh dengan rahmat dan berkat. Syeikhul Islam Ibnu Taimiah pernah menyebut di dalam kitabnya yang terulung, Majmu`at al-Fatawa bahawa: Salah satu tempat penyatuan dan perkumpulan yang strategik untuk umat Islam ialah masjid dan sesungguhnya Nabi Muhammad SAW mengasaskan Masjid Nabawi dengan menerapkan nilai takwa sebagai paksinya.


Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Memandangkan tempat ini mulia, maka kita sebagai tetamu masjid perlulah memelihara kemuliaan dengan menjaga sopan santun, sentiasa bertatatertib dan memelihara adab-adab ketika memasuki dan berada di dalamnya. Antara adab-adab tersebut ialah, Pertama: Ikhlaskan niat ketika pergi kerana Allah SWT. Kedua: Sebelum pergi hendaklah bersuci dari hadas, mandi sunat, mengambil wuduk, berpakaian menutup aurat, disunatkan memakai pakaian yang baru dan berwarna putih serta berwangi-wangian. Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya: Sesiapa yang mengambil wuduk di rumahnya dan di perelokkan wuduknya, kemudian dia pergi ke masjid, maka dia adalah tetamu Allah dan menjadi kewajipan ke atas orang yang dilawati untuk memuliakan tetamunya.
Ketiga: Sentiasa tenang, tidak tergopoh gapah, sentiasa tawadhu’ dan khusuk ketika kaki melangkah ke masjid. Di riwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda

dengan maksudnya: Jika kamu terdengar iqamat, maka berjalanlah kamu ke tempat solat dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Apa yang kamu sempat, maka solatlah dan apa yang kamu tertinggalkan maka sempurnakanlah.
Keempat: Dalam perjalanan memperbanyakkan zikir, takbir, tasbih, tahmid, tahlil dan selawat. Kelima: Membaca doa-doa yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW ketika memasuki masjid dan ketika berada di dalamnya serta memberi salam kepada malaikat yang menjaga rumah Allah. Keenam: Menunaikan sembahyang sunat tahiyatul masjid, melakukan iktikaf, berdiam diri iaitu tidak membuat bising, tidak bercakap-cakap, tidak membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan keduniaan, tidak melakukan sesuatu tidak baik yang mengotorkan kesucian dan merosakkan kehormatan masjid.
Dalam hadith Ka’ab bin A’jrah, Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya: Jika kamu berada di dalam masjid, janganlah kamu membunyikan jari-jari kamu kerana kamu seolah-olah berada di dalam solat ketika kamu menunggu untuk menunaikannya. Ketujuh: Dilarang menjadikannya sebagai tempat laluan atau jalan melainkan sebagai tempat mengingati Allah dan tempat solat.
Rasulullah SAW menggesa umatnya agar cintakan masjid supaya dapat menyelamatkan diri dan mendapat perlindungan Allah SWT pada hari kiamat. Mereka yang sentiasa mengunjungi masjid dengan tujuan beribadat dan mendapat keredhaan Allah SWT akan memperolehi ganjaran yang besar iaitu syurga serta menjadi bukti tentang keimanan pada hari akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW:

Bermaksud: “Sesiapa yang pergi ke masjid di waktu pagi dan petang, Allah SWT menyediakan untuknya sesuatu hidangan yang biasa diberikan kepada tetamu di syurga bagi setiap kali ia pergi ke masjid samada pagi atau petang. ( Riwayat al-Bukhari)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mimbar merasa bimbang dengan suasana akhir-akhir ini dengan ada segelintir masyarakat yang kurang beradab ketika mengunjungi masjid. Mereka tanpa segan silu tidak menghormati kesucian dengan melakukan perbuatan keji seperti mencaci, memfitnah dan melontarkan tohmahan, memburuk-burukkan peribadi orang lain serta mendedahkan keaiban saudaranya. Lebih malang lagi ada yang membenarkan orang bukan Islam memberi ucapan berbau politik di dalam masjid. Perbuatan menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran fitnah, fahaman individu dan politik kepartian bertentangan dengan roh Islam. Allah SWT secara tegas menempelak sikap golongan munafik yang cuba menjadikan masjid ini sebagai alat perpecahan menerusi firman-Nya dalam surah at-Taubah ayat 107:

Maksudnya: “Dan orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan, dan menguatkan keingkaran, serta memecah-belahkan perpaduan orang yang beriman, dan untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah kami kehendaki melainkan untuk kebaikan semata-mata. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.)
Justeru itu menjadi tanggungjawab mimbar mengingatkan sidang Jumaat dan umat Islam sekalian bahawa kunjungan kita ke masjid hendaklah atas dasar ketakwaan kepada Allah SWT. Dengan itu hendaklah kita menjaga adab-adab,tatatertib, tingkah laku , perbuatan dan percakapan kita semasa berada di tempat yang mulia ini. Mereka yang hadir ke masjid atas tujuan untuk memecah-belahkan umat Islam serta memburuk dan mencemarkan imej Islam adalah dilarang dan boleh disamakan dengan golongan musyrik yang tidak layak memakmurkan masjid ini.
Mimbar menyeru, marilah sama-sama kita menjaga kesucian masjid ini dengan mengelakkan diri dari melakukan kekotoran samada dalam bentuk zahir ataupun batin. Mimbar cukup yakin unsur-unsur kekotoran,kebusukan batin dan kata-kata nista yang jelas terlambang pada akhlak dan perangai sesetengah umat Islam itu sendiri tidak sesuai dibawa masuk ke dalam masjid kerana boleh mencemarkan nama baik sebagai institusi yang suci lagi kudus. Said bin Musayyab berkata: Sesiapa yang duduk di dalam masjid, bererti dia bertemu dengan tuhannya dan semestinya dia hanya berkata-kata dengan perkataan baik”. Mengakhiri khutbah pada minggu ini mimbar berpesan marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 108:

Maksudnya: “Janganlah engkau sembahyang di masjid itu buat selamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula lebih patut engkau sembahyang di dalamnya. Di sana ada lelaki yang suka membersihkan dirinya; dan Allah Mengasihi orang yang membersihkan diri mereka.)

Thursday, October 7, 2010

“BAHASA WAHANA PERPADUAN NEGARA”


(8 OKTOBER 2010 / 29 SYAWAL 1431H)
Muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Sempena sambutan Bulan Bahasa kebangsaan, mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “BAHASA WAHANA PERPADUAN NEGARA”.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Di antara tanda kebesaran Allah SWT ialah menciptakan manusia berbagai-bagai bangsa dan bahasa. Setiap bangsa dikurniakan bahasa sebagai alat untuk berurusan di antara satu sama lain demi mencapai kesejahteraan hidup. Bahasa mempunyai medan yang luas untuk digunakan, sama ada untuk kebaikan atau kejahatan dan berperanan utama dalam pembinaan tamadun sesuatu bangsa. Kerana itulah masyarakat Melayu menganggap bahawa bahasa itu merupakan jiwa kepada sesuatu bangsa dan telah di ungkapkan dalam pepatah masyarakat Melayu seperti, “Bahasa menunjukkan bangsa, Bahasa jiwa bangsa”.
Agama Islam menyarankan umatnya berbahasa dengan bahasa yang terbaik kerana ia mencerminkan tahap keimanan dan ketakwaan seseorang. Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 24-25:
Maksudnya: “Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang akar tunjangnya tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit Ia mengeluarkan buahnya pada setiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat.”
Muslimin yang dirahmati Allah,
Dalam sejarah perkembangan tamadun Melayu-Islam, bahasa Melayu berfungsi sebagai tonggak dalam proses pembudayaan semula masyarakat. Walaupun sumber ajaran agama Islam dalam bahasa Arab namun, proses penyebaran ajaran Islam kepada masyarakat Melayu tidak menggunakan bahasa Arab. Dakwah Islamiah ke rantau alam Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai alat pengantara penyebaran ajaran Islam.
Kita amat menghargai perjuangan tokoh-tokoh ilmuwan dan agamawan Melayu tersohor seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syamsuddin al-Sumaterani, Abdul Rauf Singkel, Abdul Samad al-Falambani, Sheikh Daud al-Fatani, Arshad a-Banjari, Tun Sri Lanang, Raja Ali Haji, Abdullah Munsyi dan lain-lain lagi yang telah mengarang dan menyebarkan pemikiran agama dengan menggunakan bahasa Melayu.
Kitab-kitab karangan mereka ini, kini telah menjadi sumber khazanah pemikiran umat Melayu-Islam. Hal ini jelas membuktikan betapa tahap dan kualiti pemikiran yang telah berjaya dicapai telah menjadikan bahasa Melayu sebagai wahana penyebarannya. Peranan mereka dalam usaha mengungkapkan pemikiran dan ajaran Islam menggunakan wahana bahasa Melayu merupakan sumbangan teragung dalam pembentukan tamadun umat Melayu yang unik dan utuh hingga kini.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Setelah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan usaha untuk memperkasakan bahasa Melayu disempurnakan melalui penggubalan undang-undang. Dalam perkara 152 mencatatkan bahawa Perlembagaan bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara kita. Malah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan. Dalam Akta Pendidikan pula menyatakan bahasa Melayu ialah bahasa pengantar utama di institusi pendidikan.
Apabila undang-undang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama di institusi pendidikan maka tugas untuk memperkasakannya hendaklah sama-sama kita dukung dengan mengambil langkah seperti berikut:
Pertama: Setiap warganegara Malaysia hendaklah menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan betul bersesuaian dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa budaya tinggi. Kita hendaklah menjauhkan dari menggunakan bahasa rojak atau sekerat bahasa Melayu dan sekerat bahasa Inggeris.
Kedua: Bahasa Melayu hendaklah digunakan secara meluas di semua peringkat seperti urusan surat-menyurat, majlis-majlis rasmi dan mesyuarat hendaklah diadakan dalam bahasa Melayu. Semua papan tanda, iklan dan nama-nama kawasan perumahan juga hendaklah menggunakan bahasa Melayu.
Kita merasa bangga kerana bahasa Melayu telah dituturkan oleh lebih daripada 250 juta manusia dan telah menjadi salah satu bahasa yang ditawarkan untuk dipelajari di 118 institusi pengajian tinggi di dunia. Tujuan utama dasar ‘Memartabatkan Bahasa Melayu’ adalah untuk masyarakat menguasai bahasa Melayu pada tahap yang baik sehinggakan mereka ini boleh menggunakan bahasa tersebut untuk segala maksud bersesuaian dengan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama warga Malaysia dan bahasa ilmu. Mereka yang mahir berbahasa Melayu inilah yang akan memartabatkan bahasa Melayu dan memacu pembinaan sebuah negara bangsa yang bercitrakan ‘ 1Malaysia ’.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Dalam membina tamadun ummah bahasa berperanan besar antaranya sebagai alat penyebaran agama dan dakwah, alat perpaduan, alat ekonomi dan alat pendidikan serta budaya. Sejarah membuktikan bahawa bahasa berperanan dalam penyebaran dan pengukuhan agama. Rasulullah SAW menganjurkan kepada para ilmuwan dan agamawan agar dalam usaha menyampaikan ajaran agama Islam kepada masyarakat, maka pengungkapannya hendaklah setimpal dengan kadar kemampuan berfikir masyarakat setempat. Tentulah, kadar kemampuan tersebut meliputi juga tahap dan keupayaan berbahasa.
Walaupun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi agama Islam menggalakkan umatnya menguasai bahasa asing. Dalam kitab Sahih Bukhari ada menyebut, setelah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, baginda memerintah Saidina Zaid bin Thabit supaya mempelajari dua bahasa iaitu bahasa Sirianiah dan Ibriah( bahasa kitab Injil dan Taurat ). Saidina Zaid bin Thabit mempelajari kedua-dua bahasa tersebut dalam masa 12 hari sahaja. Sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya: “Dan telah memerintahkan Nabi SAW Zaid bin Thabit supaya mempelajari bahasa Suryani. (Riwayat Iman Ahmad)
Persoalannya kenapa Rasulullah SAW memerintahkan sedemikian? Ini kerana Rasulullah SAW mahu melihat dari kalangan umat Islam cendekiawan-cendekiawan yang dapat menguasai bidang-bidang ilmu lain yang menjadi nadi kekuatan umat. Keupayaan menguasai banyak bahasa menentukan umat Islam dapat mengelak dari tertipu dan terpedaya dengan umat-umat lain. Baginda ada bersabda kepada Zaid bin Thabit RA, “Wahai Zaid, pelajarilah tulisan Yahudi untukku, kerana sesungguhnya aku tidak mempercayai Yahudi itu untuk menulis suratku.”Zaid berkata, “Lalu aku mempelajarinya”.
Demikianlah juga kata-kata hukama’: 'Barangsiapa menguasai bahasa sesuatu kaum itu, maka dia akan terselamat dari tipu daya mereka'. Diriwayatkan juga bahawa Abdullah Ibn Zubair mempunyai 100 orang khadam yang berlainan bahasa, dan beliau berbicara dengan mereka dalam bahasa setiap seorang dari mereka.
Al-Quran telah menggunakan bahasa sebagai wasilah dakwah. Allah SWT menerapkan penggunaan bahasa yang agung dalam menyentuh hati manusia. Mereka yang mempelajari pendidikan al-Quran dan as-Sunnah tentang ayat Makkiyyah dan Madaniyyah tentunya memahami hakikat ini. Ayat al-Quran Makkiyyah menggunakan ayat-ayat pendek dan bersastera kerana penduduk Mekah kebanyakannya mahir berbahasa dan mampu menangkap maksud ayat yang diturunkan. Penduduk Madinah pula tidak sehebat penduduk Mekah dalam berbahasa maka ayat al-Quran Madaniyyah menggunakan ayat yang panjang-panjang untuk menerangkan sesuatu serta menggunakan bahasa jelas pada maksudnya. Penggunaan bahasa yang hebat ini bukan sahaja membuatkan manusia mudah menerima Islam, tetapi turut merangsang perkembangan pemikiran sehingga menjadi pemangkin kemajuan umat Islam.
Muslimin yang diRahmati Allah,
Mengakhiri khutbah ini marilah kita menginsafi bahawa perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah tanggungjawab bersama. Justeru mimbar menyeru kepada semua pihak agar menyumbang tenaga dan fikiran untuk terus mengangkat martabat bahasa melayu ini agar ia menjadi bahasa agama, bahasa ilmu, bahasa ekonomi dan bahasa budaya kita. Dengan menerima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan tidak menghalang bahasa ibunda setiap kaum dituturkan serta tidak pula menyekat penggunaan bahasa lain, ia akan menghasilkan sebuah negara yang makmur, sejahtera serta disegani kawan dan lawan. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah dalam surah Ali- Imran ayat 7:
Maksudnya:"Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datang dari sisi Tuhan kami. Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang yang berfikiran."

Friday, October 1, 2010

MANUSIA BERWAJAH SYAITAN

“MANUSIA BERWAJAH SYAITAN ”

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan ketakwaan yang tidak main-main tetapi ketakwaan yang bertanggungjawab membawa kita memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada hari yang penuh berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ini ialah:“MANUSIA BERWAJAH SYAITAN”.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Dalam sejarah kewujudan dunia, didapati Iblis adalah makhluk pertama yang menderhaka dan menentang hukum Allah SWT. Allah telah memerintahkan para Malaikat dan Iblis sujud kepada Nabi Adam AS sebagai menghormati manusia makhluk Allah yang paling mulia. Para Malaikat mematuhi perintah Allah tetapi Iblis terus ingkar dan menderhaka perintah Allah. Sejak penentangan itu, Iblis berikrar akan terus menderhakai Allah dan akan memujuk manusia menyertainya menentang perintah Allah. Firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 121:

Maksudnya: “Dan sesunggguhnya Syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantahmu; dan jika kamu menurut hasutan mereka, maka sesungguhnya kamu tetap menjadi orang musyrik.”.

Menurut Ulama, Syaitan adalah golongan kafir daripada Jin. Bapa mereka ialah Iblis. Syaitan adalah musuh utama manusia dan syaitanlah yang mengeluarkan Adam dan Hawa daripada Syurga. Syaitan sentiasa berusaha supaya manusia tidak dapat memasuki syurga dan menjauhkan diri daripada jalan kearahnya. Walaupun demikian sifat syaitan, namun masih ada manusia yang menurutnya dan meninggalkan syariat Allah SWT dan petunjuk para Nabi dengan menerima pujuk rayu syaaitan.
Kerja Syaitan ialah Pertama: Mewas-waskan manusia dengan melakukan tipu daya supaya manusia berbuat kejahatan dan mengajak kearah keburukan dan kekejian, kedua: Menjadikan pekara-perkara buruk kelihatan baik pada pandangan pengikut-pengikutnya sehingga manusia tidak nampak keburukan, ketiga: Melalaikan manusia daripada melakukan tugas-tugas dakwah dan menjauhkan manusia daripada mengingati Allah, keempat, Syaitan akan meninggalkan dan membiarkan manusia pada saat genting apabila manusia telah terjebak mengikut telunjuk Syaitan.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Manusia yang berwajah Syaitan atau saudara Syaitan adalah mereka yang mengikut hawa nafsunya dan menjadi pengikut jalan para perosak. Mereka ini tidak mendapat petunjuk dari Allah SWT sedikit pun. Di dalam hatinya terdapat sifat-sifat tercela seperti tamak, hasad dengki, iri hati, malah mendorong ke arah kemaksiatan dan kederhakaan kepada Allah SWT. Sayidina Ali RA berkata: “yang paling aku takutkan menimpa kamu adalah panjang angan-angan dan mengikuti hawa nafsu. Panjang angan-angan dapat melupakan kehidupan akhirat, sedangkan mengikuti hawa nafsu dapat menghalang-halangi kebenaran.” Firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 21:
Maksudnya : "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh melakukan perkara yang keji dan yang mungkar.

Mereka yang dikalahkan oleh hawa nafsunya, kebatilan menguasai hati dan menyangka bahawa Syaitan adalah teman karibnya sehingga menjadi pengikut dan bertopengkan Syaitan, maka ingatlah bahawa musuh Allah SWT ini sentiasa mengintai-intai sasarannya dan menunggu mangsanya untuk dijerumuskan ke dalam jurang yang dalam.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Manusia yang berwajah Syaitan licik memutarkan kata-kata, manis bibirnya, bijak melaksanakan program-program Syaitan. Antaranya dengan melakukan pujuk rayu , bisikan, tipu daya, fitnah dan kata-kata nista. Pujuk rayu merupakan bahagian terpenting dari seluruh langkah-langkah program Syaitan, kerana ianya tersembunyi dan boleh menimbulkan kesan negatif yang sangat merbahaya bagi manusia. Dengan pujuk rayu Syaitan akan menerbitkan perbuatan mencaci, mencela, mengutuk, mengumpat mengaib serta memutuskan hubungan Silaturrahim sesama insan. Lebih dari itu mereka ini sanggup melakukan apa saja seperti menipu dan membunuh.
Dalam usaha menjadikan manusia itu sebagai pengikutnya, maka sudah menjadi kebiasaan Syaitan melakukaan kefasadan, memusuhi anak Adam, mendatangi anak Adam dari sebelah kanan, kiri, hadapan dan belakang mereka. Sentiasa mencari cari peluang untuk menghasut,menyesat dan menakutkan manusia.
Syaitan menggunakan dua cara untuk mewujudkan pintu godaan ini iaitu lisan dan perbuatan. Cara lisan lebih hebat daripada perbuatan kerana di situlah terhimpun segala pujuk rayu dalam jiwa. Lisan juga merbahaya kepada tubuh manusia kerananya juga akan membawa hidup penuh sengsara di dalam Neraka. Sayidina Mu’adz pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan yang dapat memasukkan ke dalam Syurga dan menjauhkan daripada api Neraka. Maka Rasulullah SAW memegang lidahnya sendiri lalu bersabda:

Bermaksud: “Jagalah lisanmu, kecuali untuk berkata baik, sebab dengan demikian itu engkau dapat mengalahkan godaan Syaitan”. (Riwayat at-Thabrani)

Bagi menghindari dari Syaitan menguasai diri kita, maka antaranya hendaklah kita sentiasa mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dengan memohon perlindungan daripada-Nya, sentiasa membaca ayat-ayat suci al-Quran, mencegah diri dari berbicara yang berlebihan, memelihara mata, telingga, hati dan segala anggota, membuang amalan-amalan Syaitan seperti ketawa yang berlebihan, berjalan di waktu senja dan yang terakhirnya yang mesti kita lakukan ialah jihad melawan segala bentuk tipu daya Syaitan.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mimbar mengingatkan bahawa dalam kehidupan hari ini ramai manusia yang bertopengkan Syaitan atau dengan kata lain menjadikan Syaitan sebagai saudara mereka. Ingatlah wahai muslimin sekalian bahawa kejadian pembunuhan manusia, penyeksaan sesama manusia, membunuh diri, menentang hukum Allah SWT dan melakukan kejahatan, kezaliman keatas makhluk-makhluk Allah adalah perbuatan yang dipengaruhi Syaitan. Mereka yang menjadikan Syaitan sebagai kawan atau idola akan sesat dalam kehidupan mereka. Golongan ini tidak akan diberi petunjuk oleh Allah SWT dan di akhirat kelak mereka akan di azab dengan api neraka yang amat pedih.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung diri kita, dimanakah sebenarnya kedudukan kita, adakah dilandasan kebenaran atau masih lagi berada dijalan yang berliku yang penuh dengan duri-duri syaitan. Marilah sama-sama kita kembali ke jalan yang benar dengan melakukan amal soleh, menilik wajah kita agar ianya berseri-seri dengan amalan mulia di sepanjang kehidupan ini dan tidak bertopengkan wajah Syaitan. Akhir sekali marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al- Hadid ayat 21:

Maksudnya: “Berlumbalah kamu untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya; itulah kurniaan Allah; diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki; dan Allah mempunyai kurnia yang besar

Monday, September 20, 2010

Puasa Enam-Bulan Syawal

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

Hikmah Dari Segi Kesihatan

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri.

Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.

Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.

Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak.

Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Konsisten

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.

Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

Puasa Enam dan Puasa Ganti

Persoalan puasa qada dan puasa enam di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada di bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu.

Ini adalah kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Kebanyakan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya.

Di dalam kitab As-Syarqawi 'Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.

Namun, pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya sekali.

Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekali gus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid.

Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT.

Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha Tuhannya.

Puasa Enam-Bulan Syawal

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

Hikmah Dari Segi Kesihatan

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri.

Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.

Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.

Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak.

Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Konsisten

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.

Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

Puasa Enam dan Puasa Ganti

Persoalan puasa qada dan puasa enam di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada di bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu.

Ini adalah kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Kebanyakan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya.

Di dalam kitab As-Syarqawi 'Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.

Namun, pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya sekali.

Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekali gus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid.

Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT.

Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha Tuhannya.

Puasa Enam-Bulan Syawal

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

Hikmah Dari Segi Kesihatan

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri.

Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.

Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.

Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak.

Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Konsisten

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.

Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

Puasa Enam dan Puasa Ganti

Persoalan puasa qada dan puasa enam di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada di bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu.

Ini adalah kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Kebanyakan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya.

Di dalam kitab As-Syarqawi 'Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.

Namun, pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya sekali.

Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekali gus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid.

Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT.

Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha Tuhannya.

Wednesday, September 8, 2010

10.9.2010 HARI RAYA

Selamat Hari Raya Idilfitri maaf zahir dan batin semuga kita semua dirahmati oleh Allah SWT dan diredhoi oleh ALLAH SWT amin...
1)ACARA MALAM RAYA 1
bertakbir dari rumah ke rumah,semua jemaah berkumpul di masjid sholat ishak,selepas itu akan dibahagikan beberapa kumpulan untuk bertakbir dari rumah ke rumah.

Kumpulan pertama diketuai oleh Hj Maradzi,kumpulan kedua diketuai ooleh Tn hj Harun,Kumpulan ketiga diketuai oleh Ustz Hashim dan Kumpulan ke empat dikeletuai oleh hjzulhjzakaria,Alahamdulilah semua berjalan dengan lancar ,acara tersebut selesai lebihkurang pukul 1 pagi,Semuga Allah terima amalan kita..amin
2)SHOLAT SUNAT HARI RAYA
8.45 pagi 10.9.2010 Jumaat ,Sholat sunat hari raya diimamkan oleh Tn Haji harun.Nazir masjid memberi pengumuman mengenai aktiviti masjid dan perkara lain.

Khutbah jumaat disampaikan oleh Ustaz Sufian yang merupakan imam muda masjid kampong pauh.



Selesai khutbah semua jemaah masjid bersalaman satu sama lain,bermaaf-maafan dan tahlil untuk arwah yang telah pergi diadakan,dipimpin oleh Tn Haji Maradzi dan doa dibacakan oleh Tn haji Harun.Selesai bertahlil semua kanak diberikan duit raya yang disumbangkan oleh Dato' Mohd Nor disampaikan oleh Imam sendiri.



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI PENGURUSAN MASJID KAMPONG PAUH.



Masjid sama-sama kita kunjungi dan Agama kita junjung bersama..

Tuesday, September 7, 2010

SUMBANGAN UNTUK FAKIR MISKIN

4.9.2010 SABTU-Alhamdulilah majlis sumbangan hariraya untuk fakir miskin di Kariah Masjid Kampong Pauh disempurnakan lepas sholat Magrib.

Sebelum majlis dimulakan semua penduduk kampong berbuka puasa dengan keluarga Dato'Mohd Nor yang merupakan penyumbang utama untuk sumbangan hariraya untuk fakir miskin tiap-tiap bulan ramadhan di masjid ini.Selesai sholat magrib Nazir Masjid Tuan Hj Madradzi memulakan majlis dengan mengumumkan nama-nama yang tersenarai menerima sumbangan tersebut,lebih kurang 70 orang layak menerima.
Pada majlis ini Ahli Parlimen Kuala Pilah Dato' Hassan Malek turut hadir,Beliau secara peribadi telah menyumbangkan duit raya pada majlis tersebut.
Pihak Masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato'Mohd Nor dan Dato' Hassan Malek.Semuga Allah murahkan rezeki dan mengurniakan kesihatan yang baik pada beliau serta keluarganya. Amin....
Majlis selesai sebelum isyak,sholat isyak dilakukan dengan berjemaah dan sholat tarawikh hanya 8 rakaat.Semua bersurai jam 10.30 mlm.

Friday, September 3, 2010

Keistimewaan Malam Lailatul Qadar


Di dalam khutbah nabi S.A.W yang panjang, sewaktu menyambut bulan Ramadhan, diantaranya nabi S.A.W bersabda : “Sesungguhnya telah sampai kepada kamu bulan mulia bulan mubarak bulan yang berkat yang padanya ada satu malam beribadat padanya lebih baik dari seribu bulan yakni malam Lailatulqadar, seribu bulan lebih kurang 83 tahun 4 bulan. Begitulah istimewanya malam Lailatulqadar”.


Amalan terbalik orang kita :

10 malam pertama bulan Ramadhan masjid dan surau penuh manakala pasaraya kosong tetapi di 10 malam terakhir Ramadhan, masjid dan surau lengang manakala di pasaraya pula penuh. Ye lah kan, masa awal-awal puasa semua semangat nak solat terawih . Bila dah last-last ramadhan, shopping complex pulak sibuk buat sale. Mana taknya. huhu.

Sedangkan di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan tersembunyinya satu malam yang sungguh berkah yang dikatakan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Umat Islam wajib percaya dan seharusnya di cari malam Lailatul Qadar pada malam-malam terakhri bulan Ramadhan bukannya malam-malam itu kita shopping sakan untuk persediaan Hari Raya.

Ini berdasarkan firman Allah Ta’ala:

Ertinya: “Bulan Ramadhan adalan bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran”. QS. al-Baqarah: 185

dan al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan, dan Allah Ta’ala berfirman:
Ertinya: “Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada lailatul qadar”. QS. al-Qadar:1.

Jika dikumpulkan dua ayat ini maka akan menjadi sangat jelas bahwa lailatul qadar di bulan Ramadhan manakala hadis Nabi Muhammad SAW mengatakan malam Lailatul Qadar itu di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan . Ini berdasarkan hadis berikut:

“Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”, di dalam riwayat Bukhari: “Sentiasa Rasulullah SAW beriktikaf di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, beliau bersabda: “Bersungguh-sungguh untuk mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir bulan Ramadhan”. Di dalam riwayat Bukhari: “Carilah…”. HR. Bukhari, no. 2020 dan Muslim, no. 1196.

Lailatul Qadar lebih ditekankan adanya di malam-malam ganjil daripada malam genap:

Ini berdasarkan hadis berikut:

“Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”. HR. Bukhari dan Muslim




Tanda-tanda malam Lailatul Qadar

Malangnya ada di kalangan masyarakat kita pula mengisahkan cerita Lailatul Qadar yang tersilap yang boleh membawa kepada kurafat berkenaan tanda-tanda malam Lailatul Qadar diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menggonggong, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak.

Ini kerana tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang mendukungnya.

Bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini ? Nabi Muhammad SAW pernah mengabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya
Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)

1. Di pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik
, Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim, no. 1762.

2. Malam yang cerah, tidak panas tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/330 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam shahih Ibnu Khuzaimah, 3/330.

Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/332 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, no. 5351.

3. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan)
, Rasulullah SAW bersabda:

Artinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765.

Hendaknya memperbanyak membaca doa (seperti dalam gambar di atas) pada malam Lailatul Qadar:

Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Aisyah RA beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:

“Wahai Rasulullah, jika aku mahu berjumpa akan lailatul qadar, apakah yang aku baca?”, beliau bersabda: “Hendaknya kamu mengucapkan:

Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf (dari kesalahan), mencintai maaf, maka maafkanlah aku (dari kesalahan-kesalahanku)”. HR Ibnu Majah, no. 3982.

4.Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya.

Sunday, August 29, 2010

BERBUKA PUASA DENGAN ROMBONGAN DARI JAINS

27.8.2010 Masjid kampong pauh telah dikunjungi oleh rombongan dari JAINS terdiri daripada Tuan Pengarah,guru-guru takmir yang mengajar dimasjid ini.Alhamdulilah pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih pada rombongan tersebut.



Pihak masjid berharap aktiviti sebegini sangat bagus sekiranya dibuat setiap tahun,dimana dengan cara sebegini akan dapat mengeratkan lagi siratulrahim antara penduduk kampong dengan pegawai=pegawai dari jabatan JAINS.
Pihak Jabatan dapat melihat permasalahan sesuatu tempat dengan lebih jelas dengan turun kepadang,
Semuga usaha kita yang sedikit ini diterima oleh Allah SWT,

Saturday, August 21, 2010

JANGAN MAKAN MELAINKAN DRP HASIL TANGAN & SUMBER YG HALAL

petikan drp Artikel Mahmudah tulisan Syikhana Us UmarMajalah Solusi
oleh Ustaz Zahazan Mohamed on pada 21hb Ogos 2010 pukul 1.06 ptg

Setiap pengkaji mazhab al-Syafii pasti mengenal nama Imam Abdul Malik bin Abdullah bin Yusuf Al-Juwaini (419-478 H), lebih dikenal dengan panggilan Imam Al-Haramain. Beliau seorang ulama besar mazhab al-Syafii yang banyak berjasa dalam perkembangan ilmu-ilmu keislaman di dunia Islam abad ke-5 hijriah.

Imam ahli hadis yang hidup bersamanya di kota Nisabur, Al-Hafiz Abdul Ghafir Al-Farisi, memujinya dengan berkata, "Beliau imam semua imam secara mutlak, disepakati keimamannya di belahan timur dan barat." Cukup untuk menunjukkan kebesaran beliau, Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali pergi dari kota Thus ke Nisabur untuk menimba ilmu darinya.

Kebesaran ini tidak dapat dipisahkan dari jasa besar ayahnya (Imam Abdullah bin Yusuf al-Juwaini) yang sangat memperhatikan pertumbuhan jiwa anaknya jauh sebelum anak itu dilahirkan. Sejak menikah, Imam Al-Juwaini selalu memastikan nafkah yang diberikan kepada isterinya benar-benar halal dan bersih dari syubhah, apalagi haram. Dan setelah anaknya lahir, ia juga tidak pernah mengizinkan orang lain menyusui anaknya selain isterinya. Hal ini untuk memastikan tubuh anak itu tidak bercampur sesuatu yang tidak dapat dipastikan kehalalannya.

Imam Ibn Khillikan dalam kitab "Wafayat Al-A'yan" bercerita bahwa suatu hari ayah Imam Al-Haramain pulang dari tempat kerja dan mendapati isterinya sedang sakit. Ia melihat seorang jirannya sedang menyusui anaknya yang sedang menangis. Ayahnya sangat marah. Ia lalu membalikkan tubuh bayi itu, menekan perutnya, bahkan memasukkan jari ke dalam mulutnya sehingga anak itu memuntahkan apa yang diminumnya. Al-Juwaini berkata, "Saya lebih suka melihat anak ini mati daripada tubuhnya dirosakkan dengan susu orang lain yang tidak diketahui kehalalannya."

Makna Halal

Pada bulan suci Ramadan ini, sengaja saya memilih bahasan tentang makanan halal agar kita mengkaji kembali apa yang kita makan dan yang kita berikan kepada keluarga kita. Masalah ini sangat penting sebab Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah Maha Baik (thayyib) dan hanya menerima yang baik-baik sahaja. Sesungguhnya Allah Swt memerintahkan kaum mukminin (perintah yang sama) dengan para rasul. Allah berfirman, "Wahai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang saleh." (Qs Al-Mu'minun: 51). Dan Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu." (Qs Al-Baqarah: 172). Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah.

Dari sini, Imam Ahmad berpendapat bahawa makan merupakan aspek terpenting dalam agama.Kesan makanan haram terhadap akhlak dan perangai manusia juga dijelaskan oleh Imam Sahl bin Abdillah al-Tustari, "Barang siapa yang memakan makanan yang haram, anggota tubuhnya akan melakukan maksiat, mahu tidak mahu, sadar atau tak sadar. Dan barang siapa yang makanannya halal, semua anggota tubuhnya akan tunduk kepadanya dan ia akan diberikan taufik menuju perbuatan baik."

Dari sini, kita boleh menyimpulkan bahawa seorang anak yang sejak kecil selalu makan dari yang haram atau syubhah, perkembangan akhlak dan spiritualnya akan terjejas. Bahkan tidak mustahil ia akan berjalan ke arah gejala sosial yang memadah muka keluarganya.

Setiap kali saya membaca kisah-kisah penyimpangan remaja masa kini yang berkaitan dengan seks bebas, penyalahgunaan dadah, kekerasan dan kes-kes lainnya, terbetik pertanyaan di benak saya, "Adakah kaitannya semua ini dengan makanan mereka sejak kecil?" Boleh jadi, terutama dalam sistem kehidupan moden kita yang tak boleh lepas dari riba.

Peranan ibu bapa dalam menghindari terjadinya penyimpangan remaja ini sangat penting, salah satunya dengan memastikan nafkah halal sahaja yang diberikan kepada anak-anaknya. Jika anda benar-benar sayang kepada anak, maka jadikan ucapan Ibn Al-Mubarak sebagai kaedah pencarian rezeki, "Menolak satu Dirham yang syubhah jauh lebih baik daripada bersedekah dengan 600 ribu Dirham."

Tergagap

Kembali kepada kisah Imam Al-Haramain sebagaimana diceritakan oleh Ibn Khillikan dan Tajuddin Al-Subki. Suatu ketika dalam suatu majlis diskusi, tiba-tiba Imam Al-Haramain dilihat agak tergagap dalam menjawab pertanyaan. Belum pernah terjadi hal itu selama beliau menghadiri semua majlis diskusi dan perdebatan. Seseorang lalu bertanya tentang sebab ketergagapan tersebut. Imam Al-Haramain menjawab, "Ini kesan dari sisa-sisa susu yang aku minum pada hari itu." Wallahu a'lam.

Thursday, August 12, 2010

Fadhilat Ramadhan

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Monday, August 2, 2010

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

FADHILAT RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
(Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
( Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Tuesday, July 27, 2010

FESTIVAL NASYID PARLIMEN KUALA PILAH

25 julai 2010 Ahad Kuala Pilah Negeri Sembilan.Pada malam ini berlansung festival nasyid peringkat akhir.10 kumpulan telah layak ke peringkat akhir ini.Walaupun hujan turun tidak berhenti penonton tidak berganjak menyaksikan festival nasyid ini.
Johan disandang oleh kumpulan Uswantun Hasanah dari Kampong Parit mendapat hadiah RM 3000,naib johan disandang oleh kumpulan Nur Kasih Kesihatan Kuala Pilah RM2000,tempat ke tiga Kumpulan An-Nur RISDA hadiah RM 1000,manakala kumpulan dari masjid kampong pauh tempat ke empat.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang Berjaya,yang tak Berjaya kita cuba lagi tahun depan.Penyampain hadiah disampaikan oleh YB Dato’ Hassan Malek –Parlimen Kuala Pilah.
Penyanyi jemputan pada mlm tersebut Ramli Sarip (papa rock),kumpulan nasyid dari sek keb Senaling dan yang lain.TAHNIAH kepada penganjur kerana festival berjalan dengan lancar.

Saturday, July 24, 2010

DR. ANUAR YUSUF-ISRAK MA'RAJ

23 Julai 2010 Kampong Pauh Terachi.Lepas sholat magrib jemaah masjid kampong pauh menyambut israk dam ma’raj.Walau sambutan ini lewat sikit tapi majlis tersebut berjalan dengan lancar lagi membanggakan.Alhamdulilah pihak masjid telah mengundang penceramah yang hebat Dr. Anuar Yusuf yang mempunyai banyak pengalaman .Beliau berceramah dengan mengunakan peralatan ICT yang julung kali dibuat dimasjid ini.Nazir Masjid Tuan Hj Madradzi memulakan ucapan mukahadimah,tajuk ceramah .SHOLAT PAKSI KECEMERLANGAN.
BAHAGIAN 1

BAHAGIAN 2

BAHAGIAN 3

BAHAGIAN 4

BAHAGIAN 5

Majlis ini dihadiri oleh tetamu terhormat YB Samad-DUN Seri Menanti,pegawai polis Terachi,orang-orang kenamaan yag lain dan juga penduduk sekitar yang lain.Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh YB Samad,beliau memuji ceramah yang disampaikan bergitu berkesan dengan mengunakan alatan ICT,inilah kali pertama beliau melihat ceramah kampong yang mengunakan teknologi terkini.
Selepas ceramah semua hadirin sholat isyak berjemaah.Selesai sholat semua jemaah menjamu selera berbagai jenis lauk.Pada majlis tahun ini EN ADAM telah menyumbangkan seekor lembu ,pihak pegawai masjid mengucapkan ribuan terima kasih semuga kita diberkati Allah dan mati dalam iman amin….
Majlis bersurai lebih kurang jam 10.30 mlm.

Sunday, July 18, 2010

KULIAH SUBUH 18 JULAI 2008

USTAZ SHARIZAN AL-HAFIZ
TEMPAT:MASJID KAMPONG PAUH
TAJUK :FADHILAT BULAN SAABAN

BAHAGIAN 1



BAHAGIAN 2

Thursday, July 15, 2010

FESTIVAL NASYID PARLIMEN KUALA PILAH-SARINGAN

14 JULAI 2010 RABU_Kuala Pilah Dewan Dato' Bahaman diadakan pertandingan nasyid peringkat saringan PIALA Dato' Malek bin Hasan.Sebanyak 30 kumpulan telah sama-sama berentap untuk mendapat 10 yang terbaik melayakan keperingkat akhir pada 25.7.2010 jam 8.00 mlm.
Alhamdulilah kumpulan mawadah dari kampong pauh telah berjaya melayakan diri ke peringkat akhir pada ahad ini.Pengurus pasukan ini adalah Puan Hjh Noorshidah binti Hj Naim,merupakan pengurus yang berwawasan jauh.TAHNIAH diucapkan pada pengurus dan ahli-ahli nasyid,terutama penyanyi solo Puan Hjh Suriati binti Haji Sabari dan Puan Safinaz binti Hj Sabarikerana memantapkan pasukan ini.Kami semua penduduk kariah kampong pauh berdoa semuga berjaya di peringkat akhir menjadi JOHAN InsyaALLAH.....
Jangan Lupa Tuan Hj Maradzi dan Tuan Imam Hj Harun doakan semuga kumpulan ini berjaya...amin.....

Wednesday, July 14, 2010

70 Dosa-dosa besar

1. Syirik
2. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram
29.Bunuh Diri
30.Berbohong
31.Hakim yang Tidak adil
32.Rasuah
33.Wanita yang menyerupai Lelaki
34.Tidak Cemburu
35.Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat
40.Mengungkit-Ungkit Pemberian
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain
43.Menabur Fitnah
44.Mengutuk Umat Islam
45.Mengingkari Janji
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami
48.Gambar pada Baju
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup
60.Berdebat dan Bermusuh
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat

Monday, July 5, 2010

Cara Syaitan Menyesatkan Manusia

Cara Syaitan Menyesatkan Manusia
0leh: Ustaz Dr. Abdullah Yasin
قَالً رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِى مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ.
1. (رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)
Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia sebagaimana perjalanan darah. (HR. Bukhari dan Muslim)
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صََلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)
Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI. (HR. Bukhari dan Muslim)
SYARAH AL HADIS:
Al Hafisz Ibnu Hajar Al 'Asqalaany berkata: Hadis diatas (no.1) boleh diertikan bahawa syaitan berjalan di dalam tubuh manusia secara zahir kerana Allah mampu berbuat demikian. Dan boleh juga jika diertikan secara kiasan kerana syaitan senantiasa ingin berdampingan dengan manusia. Mereka tidak mahu berpisah dari manusia sebagaimana kedudukan dan peranan darah. Jadi syaitan disamakan dengan darah kerana hubungan kedua-duanya yang sangat rapat dengan manusia.
Ibnu Abbas berkata: Syaitan akan menyelinap ke dalam hati manusia jika dia sedang lupa, lalai dan was-was. Tetapi jika ia ingat kepada Allah maka syaitan pun akan pergi.
Dari keterangan diatas jelaslah bahawa syaitan dapat menyelinap kedalam tubuh manusia. Oleh itu, dia pilih "hati" sebagai markasnya kerana peranan hati sangat menentukan pergerakan manusia. Segala gerak-gerik anggota manusia adalah atas arahan hatinya. Jika "iman" seseorang menguasai hatinya maka ia akan menjadi manusia yang baik. Tetapi jika sebaliknya "syaitan" yang menguasainya maka ia akan menjadi manusia yang jahat.
Atas sebab itulah maka Rasul bersabda: Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika dia baik maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah hati.
Syaitan adalah musuh kita yang paling utama. Dialah punca segala bentuk kerusakan dan kejahatan diatas muka bumi ini. Oleh itu kita wajib membentengi hati kita denqan Iman atau Akidah yanq kukuh lagi mantap berdasarkan Al Quran dan Hadis Nabi yanq sahih. Dan selain itu kerana syaitan sangat pakar dalam menipu, maka kita juga perlu mengetahui bagaimana cara syaitan menyesatkan umat manusia.
Semoga dengan banyak mengetahui bagaimana cara dia menyesatkan manusia maka kita akan selalu waspada terhadap tipu muslihatnya.
CARA SYAITAN MENGGODA MANUSIA:
Menghiasi kebatilan.
Kebatilan biasanya berupa dalam gambaran yang buruk lagi, menjijikkan. Oleh sebab itu syaitan sentiasa berusaha menutup keburukan itu supaya kelihatan indah dan menarik.
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39)
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Al Hijr: 39)
Diantara contohnya: Menyanjung Nabi secara berlebihan dikatakan sebagai tanda cinta kepadanya, menambah amalan yang tidak warid (datanq) dari Nabi dikatakan akan lebih afdal ganjarannya, bertawassul dengan para wali yang telah wafat supaya doanya lekas makbul, meninggalkan amal ma'ruf nabi mungkar demi menjalin persaudaraan, dan lain-lain.
Menamakan ma'siat denqan istilah yanq menarik :
قَالَ يَاآدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى (120)
Berkata Iblis: " Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi (pohon kekekalan) dan kerajaan yang tidak akan binasa?" (Thaaha / 20: 120)
Oleh itu jangan hairan kalau pengikut-pengikut syaitan dari kalangan manusia menamakan arak dengan minuman suci, riba dinamakan bunga atau faedah, pergaulan bebas dikatakan sebagai kemajuan atau moden, dan sebagainya.
Menamakan ketaatan dengan'istilah yang menakutkan:
Musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad saw ketika beliau mengajak mereka beriman:
أَنُؤْمِنُ كَمَا ءَامَنَ السُّفَهَاءُ
"Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu beriman"? (Al Baqarah 13)
Didalam ayat diatas mereka menggelarkan sahabat-sahabat yang beriman kepada Nabi saw sebagai orang-orang yang bodoh. Mereka juga menggelar Nabi SAW sebagai tukang sihir, penyair gila dan pembawa ajaran sesat dan lain lain lagi.
Oleh itu jangan hairan kalau pada hari ini kita mendengar bermacam macam istilah seperti Kaum Muda, Golongan Pelampau, Dakwah Kontraversi dan lain lain dilontarkan kepada pejuang-pejuang kebenaran yang ingin menegakkan Al Quran dan Sunnah Nabi saw. Sebagaimana mereka lontarkan istilah "mundur" kepada orang yang ingin menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran agamanya.
Demikianlah halnya kalau hati telah dikuasai oleh syaitan maka segala-galanya akan menjadi terbalik. Maka Hidayah akan dikatakan Dhalalah (sesat), yang sesat dikatakan petunjuk. Yang Sunnah dikatakan bid’ah, dan bid'ah dikatakan Sunnah. Yang hak dikatakan batil dan yang batil akan dikatakan hak. Ukuran kebenaran bagi mereka adalah nafsu bukan lagi Al Quran dan Sunnah Nabi.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ (الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59)
Hai orang orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-(Nya) dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An Nisa’ / 4: 59)
Dia menggoda melalui kegemaran seseorang:
Syaitan menggoda seseorang melalui perkara yang paling digemari oleh orang itu. Syaitan dapat membaca kegemaran Nabi Adam iaitu agar hidup kekal dalam syurga. Oleh itu dia goda Nabi Adam mealui buah khuldi (buah kekekalan).
Adalah menjadi kegemaran manusia iaitu kuasa, takhta dan wanita. Oleh itu sungguh banyak manusia yang kecundang melalui saluran tersebut. Begitu juga dengan kegemaran bola sepak, golf, sepak takraw, badminton. Berapa banyak mereka yang mempunyai gegemaran ini akhirnya terlibat dengan judi rasywah dan meninggalkan solat?
Menggoda secara berangsur-angsur:
Syaitan tidak berkata: Hai manusia buatlah dosa itu dan ini! Tetapi caranya ialah dengan bertahap-tahap. Mula-mula memandang, kemudian tersenyum, lalu berteguran, kemudian berjanji, selanjutnya bertemu, dan akhirnya melakukan dosa. Allah berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ
الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
"Hai orang-orang yanq beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar". (An Nuur / 24: 21)
Barangsiapa yang memahami kaedah " Saddudz Dzaraai " akan jelaslah baginya mengapa Islam melarang berkhalwat denqan wanita ajnabi (bukan mahram), membuat patung dan sebagainya.
Menghalang manusia mengikutl kebenaran:
Syaitan telah berjanji dihadapan Allah akan berusaha menyesatkan umat manusia kecuall orang-orang yang ikhlas.
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17)
" Iblis menjawab: Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat) ". (Al A'raaf / 7: 16 -17)
Maksud: " Saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus ". Menurut Imam Al Qurthuby: Iaitu menghalang-halangi mereka agar jangan mengikuti jalan yang lurus. Dihiasinya kebatilan sehingga kelihatan indah dan menarik. Akhirnya mereka musnah sebagaimana dia musnah. Sedangkan maksud " Jalan yang lurus " ialah jalan boleh menyampaikan manusia ke syurga.
Menurut Al Hakam Bin 'Utaibah: " Dari hadapan mereka " ertinya dari dunia mereka, " Dari belakang mereka " ertinya dari akhirat mereka, " Dari kanan mereka " ertinya dari kebaikan mereka. " Dari kiri mereka " ertinya dari kejahatan mereka.
Menyamar sebagai penasihat:
Syaitan tidak mendatangi manusia sambil menyuruh: " Lakukanlah dosa ini, dosa itu supaya kamu nanti diseksa ". Tetapi biasanya syaitan datang menyamar sebagai penasihat.
وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ (21)
" Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya: " Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua ". (Al (Araaf / 7: 21)
Allah mengingatkan kita supaya jangan terpedaya dengan nasihat manis syaitan itu:
يَابَنِي ءَادَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ
"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga". (Al 'Araaf / 7: 27)
Diriwayatkaan dari sebahagian ulama salaf: "Jika kamu diganggu syaitan dalam solatmu dan dia berkata: Ada orang yang sedang memperhatikan solatmu oleh itu perelokkanlah solatmu. Maka orang itu tidak akan selamat kecuali dengan menolak rayuan syaitan itu, walaupun pada zahirnya seperti nasihat untuk manusia".

Monday, June 7, 2010

selawat syifa'

Assalamualaikum.
Semoga kita berada dibawah lindunganNya. Moga yang sedikit ini dapat manfaat kpd kita semua.

Anak adalah amanah yang Allah swt beri kepada kita semua. Anak juga adalah aset kepada sesebuah keluarga. Namun, tentu sekali kita akan berhadapan dengan karenah anak2 zaman sekarang. Lebih moden, canggih dan lebih terkedepan dari kita (utk ibu bapa era 50's to 80's, ibu bapa tahun 90's kira boleh follow lagi perkembangan IT).


Kalau tak silap saya, saya penah dengar "Al-quran itu adalah ubat atau senjata kepada org mukmin"..

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun."

Amalkan selepas solat fardu 7, 5 atau 3 kali atau minima sekali selepas solat fardu selawat shifa.

Doanya:
"Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammadin Tibbil Qulubi wa dawa iha, wa 'afiah 'abdani wa syifaa iha, wa nuuril Absori wa diyaa iha, wa 'ala alihi wa sohbihi ajmain"

Antara fadhilat selawat ini ialah menerangkan hati, menguatkan jantung, menerangkan mata mengeratkan hubungan keluarga. (maksud hadith daripada Aishah)

Untuk menjadikan anak soleh, usaha kita ialah dengan displinkan diri supaya menjadi contoh dalam melakukan ibadah kepada Allah, ajak anak2 mengaji Quran selepas solat (terutama malam), berbakti kepada orang tua kerana anak2 akan mengikut , doakan mereka dan berdoa.

"rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina min qurrati a'yun, waj 'alna lil muttaqinna Ima ma"

ertinya:
Tuhan kami kurniakanlah kami pasangan dan zuriat yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang bertaqwa.

"robbi habli muqimassolatu min zurriyati"

ertinya:
Tuhanku jadikanlah aku dan zuriatku sebagai orang yang sentiasa mendirikan solat.

Saturday, April 17, 2010

KULIAH USTAZ RAMLAN-ALHAFIZ

18.4.2010 KULIAH SUBUH oleh Ustaz Ramlan Al-Hafiz .Alhamdulilah walaupun hujan waktu pagi penduduk Kampong Pauh lelaki dan wanita tak ketinggalan untuk mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Ramlan Al-Hafiz.
BAHAGIAN 1

Tajuk kuliah pagi ini mengenai hati.Hati diumpamakan raja,angota yang lain akan mengikut arahan hati,hati yang baik akan menzahirkan akhlak yang baik. Dalam jasad manusia ada seketul darah sekiranya baik seketul darah itu ,baiklah seluruh angotanya,baiklah perjalanan hidup dia,baiklah tingkah laku dia,baiklah percakapnya.
BAHAGIAN 2

Tapi apabila rosak segumpal darah itu,maka rosaklah seluruhnya,percakapan yang tak senonoh,cakap benda yang tak elok,tangan mencuri.Orang yang mencuri itu hatinnya rosak.
Hati kotegori hati yang sihat sejahtera,hati yang akan menyelamatkan sesorang itu pada hari kiamat.
Untuk selanjutnya sila tonton UTUBE ini..
BAHAGIAN 3

BAHAGIAN 4

BAHAGIAN 5

Thursday, April 8, 2010

LAWATAN IMAM-IMAM SERANTAU KE MASJID KARIAH KG. PAUH

26.3.2010 JUMAAT-Pada hari ini seramai 60 orang rombongan pelawat dari JAKIM terdiri dari imam-imam serantau,Imam dari Singapura,Indonesia,Filipina,Thailand dan lain-lain
datang kesini.
Tuan Hj Maradzi dan pegawai masjid Kampong Pauh meyambut ketibaan rombongan tersebut.
Khutbah Jumaat pada hari itu disampaikan oleh imam dari Indonesia.

Sebelum rombongan ini balik,pihak masjid telah menjamu dengan makanan masakan kampong Negeri Sembilan dan menghadiahkan sedikit cenderahati untuk kenangan-kenangan.
Pihak Masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan tersebut kerana sudi datang kesini.Semuga kita dirahmati oleh Allah swt.

MASJID DIKUNJUNGI AGAMA DIJUNJUNG.

Friday, March 19, 2010

KULIAH USTAZ ARSHAD-BAB HAJI

RUKUN HAJI DAN UMRAH

1. Niat Ihram Mengerjakan Haji

* NIAT BERIHRAM
Sebelum seseorang itu berniat ihram sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah di Miqat Makani, maka hendaklah terlebih dahulu seseorang itu memaikai ihram. Sesiapa yang telah berihram dan berniat demikian maka haramlah baginya melakukan beberapa perkara yang diharuskan sebelumnya.

* MAKNA IHRAM
Ihram itu asal maknanya ialah mengharamkan atau melarang dan ihram dalam ibadat haji atau umrah ini ertinya ialah suatu keadaan yang ada pada orang yang sedang mengerjakan haji atau umrah bermula pada ketika berniat mengerjakannya dan berakhir pada ketika TAHALLUL. Jadi sebab dinamakan atau dinamakan IHRAM ialah diharamkan beberapa perkara ketika dalam ihram itu.

* PAKAIAN IHRAM
Pakaian ihram bagi lelaki ialah dua helai kain lepas, iaitu tidak dijahit dan tidak pula dijalin (tidak dicantum). Sehelai dipakai sebelah bawah untuk menutup aurat, iaitu antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang. Kain ini disunatkan berwarna putih. Pakaian ihram untuk perempuan pula hendaklah menutup semua badannya kecuali muka dan tapak tangan yang hendaklah terbuka seperti dalam sembahyang.

* SUNAT - SUNAT IHRAM
Sunat-sunat ihram antara laian ialah :-
1. Mandi sunat ihram,
2. Mengerat kuku
3. Mencukur atau menanggalkan bulu ketiak, ari-ari, mengandam misai dan rambut,
4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan
5. Memakai pakaian berwarna putih,
6. Sembahyang sunat ihram dan
7. Membanyakkan bacaan talbiah selepas berniat haji atau umrah

* MANDI SUNAT IHRAM
Sebelum memakai ihram dan berniat haji atau umrah di Miqat hendaklah melakukan mandi sunat ihram untuk membersihkan dan menyucikan badan dari segala kecemaran dan kekotoran, seperti yang dilakukan untuk mandi wajib. Lafaz niat mandi sunat ihram ialah : Yang bermaksud: "Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta'ala" (diingatkan dalam hati)

* SEMBAHYANG SUNAT IHRAM
Setelah selesai mandi dan membersihkan badan dari segala bulu dan mengerat kuku, mengandam misai serta meminyak rambut dan memakai bau-bauan, pakailah ihram. Setelah selesai memakai ihram kerjakanlah sembahyang sunat ihram dua rakaat. Lafaz niatnya ialah : Yang bermaksud: "Sahaja aku sembahyang sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala" Surah yang dibaca selepas Fatihah dirakaat pertama ialah surah Al- Kafirun (Qulya aiyuhal kafirun ) dan di rakaat kedua selepas Fatihah ialah surah Al- Ikhlas (Qulhuallahu Ahad)
---------------------------------------------------------------------------
Terdapat 13 perkara pantang larang ihram

PANTANG LARANG SEMASA IHRAM

Pantang larang semasa ihram itu adalah seperti berikut:

1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki seperti memaikai songkok, serban dan sebagainya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh dibawah naungan pokok atau payung.

2. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki, seperti seluar, baju,sarung kaki dan semua jenis pakaian berjahit yang dijadikan sebagai sarung.


3. Menutup muka dan tapak tangan bagi wanita

4. Memakai sarung tangan

5. Memakai bau-bauan sama ada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menghisapnya ke dalam hidung.

6. Memakai minyak rambut di kepala atau janggut.

7. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu di anggota badan,

8. Mengerat atau memotong kuku kaki atau tangan, walaupun sebahagian sahaja daripadanya,

9. Mengerat, memebang atau mencabut segala tumbuh-tumbuhan yang sedang hidup sama ada tumbuhan itu pokok kayu ataupun rumput, milik orang ataupun bukan.


10. Memburu binatang yang halal dimakan atau membinasakannya, sama ada dengan cara membunuh, memukul, menjerat atau menangkap atau dengan apa cara yang menyakiti binatang-binatang itu, malah memeranjatkan atau mengejutkan binatang itu pun haram hukumnya,

11. Bersetubuh atau berjima'

12. Melakukan perkara-perkara pendahuluan untuk bersetubuh seperti bercium-ciuman, kerkucup-kucupan yang menaikkan nafsu syahwat

13. Akad nikah sama ada ijab atau kabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.