Sejarah Masjid

Masjid Kariah Kampung Pauh Terachi terletak dalam Mukim Terachi, Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Masjid ini dibina pada tahun 1930 secara gotong-royong oleh penduduk kampung apabila salah seorang penduduk kampung bermurah hati mewakafkan sebahagian tanah miliknya untuk dibina masjid. Walaupun dari pandangan hadapan masjid ini kelihatan sempit, namun bahagian belakang masjid agak luas, sesuai untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. 

Masjid ini dinaiktaraf beberapa kali dan mengalami perubahan demi perubahan sehingga dapat dilihat pada hari ini. 

Alhamdulillah, dengan kerjasama erat daripada ahli kariah untuk membangunkan masjid, Masjid Kariah Kampung Pauh Terachi telah berjaya memenangi Anugerah Masjid Contoh Peringkat Negeri Sembilan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2001 dan 2009. 

Senarai Imam-imam Yang Pernah Bertugas
1. Hj. Rashid Bin Asul
2. Hj. Abd. Ghani Titah
3. Hj. Abd. Rahman Salleh
4. Hj. Nordin Bin Abu Bakar
5. Hj. Abd. Rahman Salleh
6. Hj. Sabari Bin Manap
7. Hj. Harun Bin Idris (kini)


Senarai Nazir Masjid
1. Dato' Bentara Mohd Yunus B. Ujud (1964)
2. Tn. Haji Naim Bin Marzuki (........)
3. Tn. Haji Maradzi Bin Ismail (1996 - kini)