Monday, January 23, 2012
Kuliah Subuh: Pembentukan Akhlak dan Jiwa
Pada 22 Januari lalu, Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Ustaz Haji Norazamil bin Haji Alias dapat meluangkan masa bersama ahli kariah untuk menyampaikan kuliah subuh yang bertajuk pembentukan jiwa dan akhlak. Antara intipati kuliah yang dapat dicatat ialah:
- kecenderungan untuk berbuat baik sudah wujud dalam diri manusia sejak ia diciptakan.
- manusia boleh menjadi makhluk Allah yang paling tinggi berbanding malaikat dan boleh
juga menjadi paling rendah berbanding haiwan.
- ada dua jenis akhlak iaitu akhlak insaniah dan akhlak Islamiyah.
- Islam datang bertujuan menjaga maqasid as syariah iaitu agama, akal, harta, nyawa dan
keturunan.
- Pada hari ini ramai manusia tidak peduli halal dan haram dengan bertuhankan hawa
nafsu.
- Perkara yang akan memberatkan timbagan manusia di hari kiamat ialah akhlaknya.
- apa yang berlaku dalam kehidupan Nabi Muhammad S.A.W ialah implementasi apa yang ada
dalam al-Quran, melalui perkataan dan perbuatannya.
- Maksud ini terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah saw yang
bermaksud : “Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran.”
- Orang yang beragama maksudnya orang yang mempunyai kemuliaan akhlak.
- Baginda S.A. W pernah ditanya “Apakah kecelakaan itu?” Baginda menjawab dengan
sabdanya bermaksud: “(Kecelakaan itu) ialah akhlak jahat.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan
Ahmad).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment